Selasa, 31 Januari 2012
Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-29 Tahun.
Isnin, 30 Januari 2012
KECEWA, MERAJUK, MARAH, GEMBIRA, SUKA, SEDIH DAN ............
Ketika umurku menjangkau 29 tahun sedikit detik lagi, aku diuji dengan perasaan rajuk, kecewa dan sedih. Biasalah, orang tengah panas bercinta-cintun gitu. Ia adalah normal bagi mereka yang melayari bahtera cinta. Mungkin ujian ini bagus untuk mengajar kita erti kesabaran. Walaupun kita semua tahu, kesabaran itu punya hadnya sendiri. Itu sudah sedia maklum. Ketika bercinta, semua perasaan bercampur aduk. Marah tapi sayang, benci tapi rindu, kecewa tapi cinta. Itulah gambaran gabungan perasaan ketika bercinta yang mana, bercinta itu adalah HIPOKRIT seperti yang digambarkan oleh sekelompok manusia yang tidak percaya kepada cinta.
Khamis, 19 Januari 2012
AJAL ITU DEKAT DENGAN KITA
Dalam firman ALLAH S.W.T, dalam surah Ali Imran : Ayat 185.
Rabu, 11 Januari 2012
MEMILIH UNTUK MENERUSKAN ATAU MEMILIH UNTUK MENGUNDURKAN DIRI.
Ya. banyak perkara yang kita harus fikir dalam rencah kehidupan ini. Contohnya perhubungan cinta. Aku ambil contoh cerita seorang kawan bernama Rosmawati (bukan nama sebenar). Aku biasa panggil dia dengan nama Wati. Wati bertugas di sebuah syarikat milik kerajaan di daerah Lahad Datu. Aku telahpun minta kebenaran lisan daripada dia untuk menceritakan halnya kepada umum melalui blog ini. Wati yang telah berkahwin ini, terperangkap dalam perhubungan cinta dengan seorang lelaki yang lebih berumur daripada dia, tetapi masih bujang. Kasih dan percintaan si Wati kepada lelaki ini sebenarnya sudah lama sejak di zaman universiti mereka lagi. Lelaki ini menjadi senior kepada si Wati, yang junior pada masa itu. Perkahwinan Wati pada hakikatnya adalah kerana paksaan keluarga. Perkahwinan dia tidak indah seperti yang diharapkan oleh keluarganya. Jalinan kasih dan percintaan lelaki itu dengan si Wati ini cukup indah tetapi tidak halal. Walaupun percintaan dia dengan lelaki ini suci tetapi, ianya tetap tidak halal, tetapi bukan haram. Lelaki ini tidak boleh mengahwini Wati kerana Wati sudah mempunyai suami yang sah. Cukup suci cinta mereka sehingga puluhan tahun, si lelaki tetap juga menunggu Wati. Haruskah lelaki itu menunggu..? sedang umur sudah umurnya lanjut. Cinta mereka tidak pernah disulami dengan perkara-perkara ditegah dalam agama. Mungkin kerana itu, indahnya cinta mereka hinggakan si lelaki sanggup menunggu wanita itu sehingga ke akhirnya.
Wati bertanyakan pada aku, apa yang harus dibuat ? lalu aku menjawab, "mudah saja, minta lelaki itu lupakan engkau dan engkau elakkan berhubungan dengan dia, walau apa cara sekalipun". Wati, kawan aku diam sebentar. Katanya dia sayang kepada lelaki itu. Dia juga sayang kepada suaminya. Lalu aku menjawab, "sudah terang lagi bersuluh, sudah jelas lagi dilampu..", "engkau tidak akan mengahwininya, selagi engkau tidak diceraikan.". Sahabat-sahabat alam maya, cerita ini bukannya palsu atau tipu atau rekayasa semata-mata. Ianya adalam filem dunia ciptaan ALLAH yang dipermain dan dilakonkan oleh manusia iaitu kita sendiri. Situasi seperti cerita kawan aku itu sudah cukup jelas. Wati tidak dapat menyelesaikan masalahnya yang sangat mudah. Itulah yang dinamakan cinta. Cinta yang membutakan manusia. Cinta ciptaan ALLAH s.w.t itu suci. Malangkan cerita cinta itu disukarkan oleh manusia pembawa cerita itu. Aku bukanlah pakar rujukan mana-mana siswa-siswi mahupun media dan para wali. Aku sekadar berkongsi apa yang terpancar dibenak otakku. Dalam soal yang sudah cukup jelas ini, kita tidak perlu menyulitkan keadaan ataupun memusingkan kata-kata bagi menyedapkan situasi atau keadaan. Ya Allah berikanlah petunjuk kepada aku dan mereka ini. Semoga dipermudahkan kepada kami samada untu MEMILIH UNTUK MENERUSKAN ATAU MEMILIH UNTUK MENGUNDURKAN DIRI.
Selasa, 10 Januari 2012
DULU DAN SEKARANG..
Isnin, 9 Januari 2012
Selamat Tahun Baru 2012
Rabu, 24 Ogos 2011
AKIBAT BERMAIN MERCUN

Wallahualam...
Selasa, 23 Ogos 2011
Tersentak Hatiku
Isnin, 22 Ogos 2011
Tersentuh Hatiku.
"Meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadamu, namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu...."
Rabu, 1 Jun 2011
Jumaat, 4 Februari 2011
Gong Xi Fa Cai

Khamis, 3 Februari 2011
Usia Semakin Meningkat, Umur semakin berkurang.
Rabu, 2 Februari 2011
Selamat Tahun Baru 2011
Sabtu, 14 Ogos 2010
Sikap memanaskan enjin kereta : Adakah ia wajar..??
Selasa, 10 Ogos 2010
Kelmarin
Setelah diberi tahu melalui memo, aku pergilah ke kelas yang dimaksudkan… kelas 1B. HIhihihi… Best kelas ni. Disinilah bermulanya kenangan lalu. Cikgu Fung… atau sekarang dikenali, Cikgu Shazwansah, guru kelas kami. Kawanku semasa sekolah rendah, Fandy Wahyudi berjumpa kembali dikelas yang sama. Yesss…. Ada kuncuku.. hihihi…..
Kalau nak kongsi kenangan dulu2 ni, memang takkan abis…. Cuma, aku nak memohon kepada Allah, agar aku dapat dipertemukan dengan kawan2 dulu. Walaupun FB telah membuka ruang kita untuk bertemu, tapi bila la, agaknya….kita dapat berjumpa dan bersama lagi. Ingin dikongsi bersama juga la, aku dan kawan aku, pernah memberi surat yang diselaputi bedak wangi…perggghhhhh, konon2nya, na memikat gadis itu. Gadis itu, sudah pun berumahtangga. Yang kami ni masih lagi single…… hahahaha. Zaman mengurat, cinta monyet disini la tempatnya.
Masuk ke Tingkatan 2, maju setapak, dengan cuba memperluaskan “cawangan” di sm st Ursula… Tapi malang, surat yang ku beri kepada gadis itu, dib alas dengan surat “reject”. Hati ku pedih….(pada waktu itu la…) tapi sekarang kelakar pula…….geli hati. Surat biodata dan surat “reject” itu, aku masih simpan.. Sebagai kenangan untuk tatapan cucu-cicit aku, agar dapat mengajar during bagaimana menjadi lelaki yang gentlemen, yang mungkin tak akan maca atuk nya yangmenulis surat cinta dan dibalas dengan rejection.
Semasa di tingkatan 2 juga la, aku rasa best. Kena kan kawan aku dengan seorang junior, akhirnya menjadi cinta, setelah dua2nya malu2. Akhirnya….. tapi cinta monyet during setakat di sekolah. Asby dan Clary. Mana sudah kamu dua…..???? rindu pula sama kamu. Kalau la dapat jumpa kamu 2, aku kasi gandingkan kamu lagi tu.
Nak kongsi cerita tapi…….. tahu la. Masa sudah mencemburui
Nanti sambung lagi la… huhuhu… kalau diingat2 balik. Kelakar juga… tahu la, zaman budak2 mentah.
Bah…. Jumpa lagi…. Di episod akan dtg……
Salam……
Rabu, 28 April 2010
1 Malaysia di Sabah....
Setiap bangsa ini bukanlah, beban kepada kerajaan atau liabiliti kepada bangsa lain, kerana adanya bangsa ini kita dapat berkongsi adat istiadat kaum, serta bahasa pertuturan yang digunakan. Malah, sesetengah masyarakat di bandar, di taman perumahan, di ceruk-ceruk desa, kampung, dan dimana sahaja di Malaysia khususnya di Sabah ini, mengamalkan perkongsian bijak sesama bangsa dalam keadaan harmoni.
Di zaman yang penuh dengan kecanggihan alat elektronik, kemodenan prasarana dan ketinggian ilmu ini, masih ada juga sesetengah masyarakat kaum/bangsa memandang kaum/bangsa lain itu dari suatu sudut yang berbeza. Saya mungkin tidak memahami apa maksud tersirat ini, tetapi, secara tersuratnya, bangsa atau kaum lain ini, lebih dijauhi dan cuba untuk dijauhi oleh bangsa/kaum lain, walhal kita seagama, sebangsa Melayu. Apa salahnya bangsa ini untuk bersama-sama kita melayari kehidupan yang penuh dengan cabaran dan saingan tanpa sempadan dan bersama-sama dengan bangsa lain memajukan negara.
PM Kita, Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, yang mengagaskan prinsip 1 Malaysia sejak bulan Mac, 2 Tahun lalu, mengalakan perpaduan antara kaum tanpa mengira bangsa, berlainan agama, kecil, tua, muda, dan sebagainya. YAB PM juga tidak mengalakkan setiap anggota masyarakat itu membeza-bezakan kaum, bangsa mahupun agama dalam mendapatkan sesuatu hak dan keperluan dalam negara yang berbilang kaum ni. Ayuh, saya cabar setiap anggota masyarakat untuk menyahut cabaran YAB PM untuk bersama-sama meningkatkan pepaduan antara kaum bagi membina satu bangsa Malaysia untuk kemajuan negara yang penuh dengan cabaran ini.
Akhir kata buat masa ini, bersama-samalah kita menilai sejauh mana tahap hubungan kita dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dan agama. Adakah hubungan itu berada di tahap yang tertinggi atau masih perlu dibaiki. Tidak salah untuk kita meningkatkan hubungan sesama bangsa dan tidak dilupakan bangsa lain.
Sekian. Terima Kasih.
Sabtu, 24 April 2010
- Ini adalah no. akaun untuk bayaran yuran penyertaan Majlis Mesra Aidilfitri, Bekas Pelajar SM Holy Trinity Tawau, Sabah Tahun 2000
- Bank : CIMB Bank.
- No Akaun: 1006-0035219-52-8
- Nama: Hasidy Harun
- Yuran: RM50 (Seorang) atau RM70 (dengan pasangan)
- Lain-lain: Setiap rakan yang menyertai Majlis ini diwajibkan membawa HADIAH KENANGAN (nilai hadiah bergantung kepada kemampuan dan digalakan hadiah yang nilainya Lebih RM10).
- Pasangan yang dibawa oleh rakan, tidak perlu membawa hadiah.
- Untuk makluman: Majlis Mesra Aidilfitri Bekas Pelajar Sm Holy Trinity ini, akan diadakan Pada 18hb September 2010 (Sabtu) (7.00pm-10.00pm), di Hotel Kingpark, Tawau, Sabah.
- Peringatan, pastikan semasa membuat bayaran, No akaun dan Penama akaun ada betul. Manakala resit pembayaran, lebih baik dikirim kepada alamat berikut.
- HASIDY BIN HARUN
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU KM 36,
- JALAN BALUNG,
- BEG BERKUNCI NO. 2791009 TAWAU, SABAH.
- Atau
- Hubungi saya di no.telefon : 0138830470 / 0128657372, untuk rekod.
- Tempoh pembayaran adalah bermula pada 26.04.2010 (Isnin) sehingga 31.05.2010 (Ahad).
- Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya, rakan2 tidak dapat menghadiri majlis dan mengubah fikiran untuk tidak menghadirinya.
- Kerjasama dari sahabat, rakan taulan dan kawan-kawan adalah amat saya harapkan.
- Sekian, terima kasih.
- Hasidy Bin Harun
Ahad, 28 Februari 2010
Kasih
Salam
Jam ketika aku menulis ini adalah tepat pukul 4.15am, 28.02.2010 dan ketika ini jugalah, aku melayan lagu-lagu yang aku fikir sudah hampir puluhan tahun usianya. Wah... layan lagu-lagu "season malay" disubuh hari ni. Antara lagu yang aku "layan" ketika ini adalah kasih ( Hjjh Hetty Koes Endang) dan Lagu-lagu nyanyian kumpulan Alleycate. Jom kita kongsi lirik lagu Kasih nanyian Hjjh Hettykoes Endang ini dan hayati liriknya yang aku fikir, kadang2, best juga dilayan. Kenapalah malam subuh hari ni aku layan lagu2 nostalgia ni. Adui.. nak kata jiwa kacau, tidak juga. Nak kata putus cinta, aku manada cinta. Nak kata kecewa tiada duit, jauh sama sekali. Haha....... tapi bset juga, dengar lagu nostalgia ni, boleh mengembalikan memori indah semasa sekolah dulu, boleh me"remind" kan kembali kenangan semasa belajar di UTM dan di Poli dulu. Wah........ layan saja la. Hihihi....... Sambil2 aku mengingati kawan2, kenangan dan cerita dulu2 ni, aku juga sedang meng"update" program yang sedang aku urus iaitu, program bersama kawan2 bekas pelajar SM Holy. Sedang berusaha untuk merealitikan fantasi sejak 10 tahun lalu. Waduh, kita mencuba sahaja bukan.
Banyak yang perlu aku buat dan kepada rakan2 yang membaca blog aku ni, bagilah aku idea-idea yang boleh menyemarakan majlis malam tu agak majlis itu menjadi suatu kenangan yang paling indah yang sentiasa diingati kita. Untuk pengetahuan semua, bekas pelajar yang aku sudah senaraikan adalah sebanyak lebih kurang 70 org dan sekarang tinggal nak buat pengumuman "collection" untuk malam tu. Jadi, tunggu sajalah apa2 perkembangan terbaru dari aku.
Sebelum ku menyambung mimpiku yang tidak menjadi tadi, sekali lagi aku cuba "repeat" lagu Kasih nyanyian Hjjh Hettykoes Endang. Sangat best dan "ngam timing" dengar lagi ni "time" subuhari. Tenang, damai dan dingin. Diharapkan semua kawan2, sahabat2 dan rakan2 baik ku, semoga kamu disana sihat bersama orang tersayang. Jika umurku panjang dan dilanjutkan selagi nyawa dikandung badan, selagi udara dapat dihirup, kita jumpa lagi ya.........
Kasih by Hettykoes Endang.
Sabtu, 20 Februari 2010
Kisah sepasang burung.
Beberapa hari lalu, saya ada terbaca suau artikel di sebuah laman blog mengenai Hati Dan Perasaan Haiwan. Igin saya berkongsi bersama rakan-rakan, gambar-gambar di bawah ini.
a). Sang betina cedera diatas jalanraya.
b). Sang jantan menolong untuk menyedarkan si sang betina
c). Sang betina masih tidak sedarkan diri
e). Sang jantan menangis meminta tolong dan kesedihan
f). Kau pergi buat selamanya........ Goodbye my beloved.






