counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Memaparkan catatan dengan label Tentang Perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tentang Perasaan. Papar semua catatan

Khamis, 4 April 2013

"Whitening Operation" @ Proses Pemutihan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebentar tadi, saya telah menulis di dinding Muka Buku saya dengan tajuk "Whitening Operation" atau Operasi Pemutihan. Operasi ini adalah inisatif saya sendiri bertujuan untuk mengeluarkan nama-nama rakan Muka Buku yang mana akaunnya tidak jelas, tidak aktif, akaun yang saya tidak kenal empunya diri atau akaun yang tidak pernah memberi reaksi kepada apa yang kita paparkan.



Gambar hiasan : Penulis umpamanya proses pemutihan ini umpama mengesan, mententusahkan dan mengeluarkan nama-nama rakan Muka Buku ini umpama proses Pendatang Tanpa Izin (PATI).


Kata seorang ahli falsafah eropah yang maksudnya umpama begini, "Sesuatu yang baik itu dinilai melalui kualitinya dan bukan kuantitinya". Jadi, apa yang cuba saya ingin sampaikan disini adalah tiada guna mempunyai rakan taulan yang begitu ramai tetapi tidak memberi respon atau tindakbalas yang baik kepada kita. Samada ianya diterima oleh rakan pembaca, itu terpulang kerana kita hidup di dunia ini bukannya hidup bersendiri.

Walaupun setiap manusia ini mempunyai hak untuk melakukan sesuatu yang difikirkan betul tetapi biarlah perbuatan itu tidak memberi kesan negatif kepada mereka yang berada disekeliling kita.

Saya menyusun jari dan memohon maaf sekiranya, apa yang dilakukan saya ini memberi tanggapan negatif dan prasangka buruk terhadap saya. Yang baik itu datangnya daripada ALLAH S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya daripada kekurangan ilmu saya.



Wassalam, terima kasih, selamat berkongsi.


Hasidy Harun
Tawau, Sabah, Malaysia.

Rabu, 11 Januari 2012

MEMILIH UNTUK MENERUSKAN ATAU MEMILIH UNTUK MENGUNDURKAN DIRI.

Assalamualaikum dan selamat malam. Semoga sahabat-sahabat alam maya sihat walafiat dan sentiasa diberkati hendaknya. Aku juga sihat seperti kalian.

Hidup didunia ciptaan ALLAH S.w.t ini indah belaka. Ia umpama filem atau wayang yang sudah tertulis skrip dan jalan ceritanya. Manusia adalah pelakonnya dan kehidupan ini adalah jalan cerita. Jalan cerita kehidupan setiap pelakon (manusia) itu hampir sama. Situasi yang hampir sama, cuma keadaan yang berbeza. Ya.. kita sebagai pelakon filem atau wayang ciptaan ALLAH ini pasti merasainya. Memilih suatu keadaan samada untuk meneruskan jalan cerita atau mengundurkan diri untuk meniti jalan cerita lain.

Ketika ini, kita akan berada disituasi sukar. Semasa membuat pertimbangan sewajarnya, kita seharusnya berhati-hati agar kita tidak tersalah pilih untuk memilih keadaan itu. Penelitian kajian, pandangan, nasihat, maklumat pro dan kontra dan seterusnya proses membuat keputusan. Ya..aku bukanlah pandai dalam bab-bab begini. Cumanya situasinya amat jelas dan terang, sudah terang lagi bersuluh. Haruskah kita membuat keputusan, sebelum memperolehi penelitian seperti yang disebutkan tadi ? tentunya tidak bukan.

Ya. banyak perkara yang kita harus fikir dalam rencah kehidupan ini. Contohnya perhubungan cinta. Aku ambil contoh cerita seorang kawan bernama Rosmawati (bukan nama sebenar). Aku biasa panggil dia dengan nama Wati. Wati bertugas di sebuah syarikat milik kerajaan di daerah Lahad Datu. Aku telahpun minta kebenaran lisan daripada dia untuk menceritakan halnya kepada umum melalui blog ini. Wati yang telah berkahwin ini, terperangkap dalam perhubungan cinta dengan seorang lelaki yang lebih berumur daripada dia, tetapi masih bujang. Kasih dan percintaan si Wati kepada lelaki ini sebenarnya sudah lama sejak di zaman universiti mereka lagi. Lelaki ini menjadi senior kepada si Wati, yang junior pada masa itu. Perkahwinan Wati pada hakikatnya adalah kerana paksaan keluarga. Perkahwinan dia tidak indah seperti yang diharapkan oleh keluarganya. Jalinan kasih dan percintaan lelaki itu dengan si Wati ini cukup indah tetapi tidak halal. Walaupun percintaan dia dengan lelaki ini suci tetapi, ianya tetap tidak halal, tetapi bukan haram. Lelaki ini tidak boleh mengahwini Wati kerana Wati sudah mempunyai suami yang sah. Cukup suci cinta mereka sehingga puluhan tahun, si lelaki tetap juga menunggu Wati. 


Haruskah lelaki itu menunggu..? sedang umur sudah umurnya lanjut. Cinta mereka tidak pernah disulami dengan perkara-perkara ditegah dalam agama. Mungkin kerana itu, indahnya cinta mereka hinggakan si lelaki sanggup menunggu wanita itu sehingga ke akhirnya. 


Wati bertanyakan pada aku, apa yang harus dibuat ? lalu aku menjawab, "mudah saja, minta lelaki itu lupakan engkau dan engkau elakkan berhubungan dengan dia, walau apa cara sekalipun". Wati, kawan aku diam sebentar. Katanya dia sayang kepada lelaki itu. Dia juga sayang kepada suaminya. Lalu aku menjawab, "sudah terang lagi bersuluh, sudah jelas lagi dilampu..", "engkau tidak akan mengahwininya, selagi engkau tidak diceraikan.". 


Sahabat-sahabat alam maya, cerita ini bukannya palsu atau tipu atau rekayasa semata-mata. Ianya adalam filem dunia ciptaan ALLAH yang dipermain dan dilakonkan oleh manusia iaitu kita sendiri. Situasi seperti cerita kawan aku itu sudah cukup jelas. Wati tidak dapat menyelesaikan masalahnya yang sangat mudah. Itulah yang dinamakan cinta. Cinta yang membutakan manusia. Cinta ciptaan ALLAH s.w.t itu suci. Malangkan cerita cinta itu disukarkan oleh manusia pembawa cerita itu. Aku bukanlah pakar rujukan mana-mana siswa-siswi mahupun media dan para wali. Aku sekadar berkongsi apa yang terpancar dibenak otakku. Dalam soal yang sudah cukup jelas ini, kita tidak perlu menyulitkan keadaan ataupun memusingkan kata-kata bagi menyedapkan situasi atau keadaan. Ya Allah berikanlah petunjuk kepada aku dan mereka ini. Semoga dipermudahkan kepada kami samada untu MEMILIH UNTUK MENERUSKAN ATAU MEMILIH UNTUK MENGUNDURKAN DIRI. 



Cerita dikongsi bersama oleh Rosmawati, 24 tahun (bukan nama sebenar)

JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !