counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Sikap memanaskan enjin kereta : Adakah ia wajar..??

Salam semua aku nak berkongsi sedikit tentang memanaskan enjin kereta ni.
Mitos atau realiti sebenarnya. Haha.. lari jauh dari topik blog aku. Tapi aku sekadar nak berkongsi dengan kamu ilmu yang sangat menarik jom la kita bincangkan. Upacara/amalan memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Aku syak makan masa dalam 15 minit juga. Abang-abang macam tu aku ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap aku, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di Sekolah Memandu pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana ? Berdasarkan pemerhatian aku dengan sedikit kajian, aktiviti pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk aku start panaskan enjin motor dia sebelum pergi ke kebunnya. Kemudian bapa aku pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk aku masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa aku pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Wira Teksi kegemarannya. Kemudian bila aku sudah besar, dah pakai kereta double cab, dua pintu, aku pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya aku tak buat sudah. Sebab aku ada ilmu pengetahuan sedikit tentang enjin. Tambah lagi biasanya aku bangun lambat.
Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan ? Apa kebaikannya dan apa keburukannya ? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni ? Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa akan datang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah dan dilarang langsung. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius.
Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%. Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya.
Kereta-kereta Malaysia pun aku tengok sudah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, kamu perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Kamu syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar ? Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang kamu perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang kamu perlu buat ? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling) ?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab durang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil cerita-cerita dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup. Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan kamu tidak bergerak. Kalau tunggu cewek turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit.
Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.Arikel ni aku dapat dari seorang forumer yang bernama tebbaloi.
Apapun, sama-sama kita berkongsi pengetahuan untuk kebaikkan dunia sejagat. Salam kemesraan dan persahabatan buat kalian semua..

Selasa, 10 Ogos 2010

Kelmarin

Salam kerinduan dan kemesraan diangin lalu. Sudah lama aku tidak menulis. Nampak kekok tetapi banyak idea, cerita dan perkara yang nak di kongsi bersama. Semoga kawan-kawanku semua dalam keadaan sihat dan bergumbira bersama pasangan masing-masing.

Semasa aku menulis teks ini, perasaan ku dibelai dengan alunan lagu 80an diselang seli dengan dayuan irama 90an dan lagu2 nostalgia 2000an. Wah… boleh juga ku layan lagu2 ni ya. Huhuhuhu.. senyum sendiri aku bah. Percaya atau tidak, dalam fikiranku, kenangan-kenangan lalu kembali. Rasanya macam baru pula semalam kenangan tu berlalu… kata orang sabah, semalam itu kelmarin.

Kalau la diberi peluang hidup di zaman lalu dengan membuat pilihan, seharusnya pilihan ku menjurus kepada zaman kenakalan ku yang boleh dianggap baik. Hihihi.. macamana tu ya.? Kiranya aku ni budak baik la. Memulakan cerita di zaman sekolah menengah dulu, tidak aku lepaskan dengan mengucapkan selamat tinggal sekolah rendah yang ku sayangi, SK Tanjung Batu. Disinilah bermulanya aku didunia luar.

Tahun 1996, disitulah mulanya. Sudah 3 hari org mendaftar tingkatan 1, namun, nasib ku baik, setelah rayuan dibuat, aku dapat diterima masuk ke SM Holy Trinity berdasarkan keputusan UPSR ku, terima kasih Puan WSL, pengetua yang pernah menunjuk (menggunakan rotan panjang) di kolar baju sekolah kawan aku yang koyak seraya berkata…. “ini baju talak boleh guna… misti ganti”, hahaha.. masa itu kami di denda duduk mencangkuk, berada diluar bilik kelas yang mana kelas kami ini di atas bilik pengetua Puan WSL itu.

Memulakan persekolahan, aku mendaftar di Pejabat Am sekolah. Setelah yuran dibayar, aku diarah cikgu pada waktu itu, Cikgu Albert Chia seluar ketat gantung. Hihihi,( jgn marah cikgu,,, sekiranya cikgu baca blog ini).. untuk menunggu di kantin sambil menanti giliran untuk diberitahu penempatan kelas dimana. Seolah2 budak hingusan yang tidak tahu apa-apa….aku duduk di kantin sekolah yang di bina dari kayu lama yang Nampak mempunyai sentimental value. Percaya atau tidak, aku duduk seorang diri, tiba2 disapa oleh seorang pelajar…. Dengan menghulurkan gula2 sambil memberi, “mau gula2….?” Dengan segera, aku ambil… sambil memperkenalkan diri sebagai Syed Rizal…. Itulah rasanya, kenalan pertama di sekolah menengah. Wah….lama sudah tidak jumpa syed rizal, ke mana ka dia sudah..?? Tak silap, kali terakhir aku jumpa, adalah lebih 12 tahun lalu.

Setelah diberi tahu melalui memo, aku pergilah ke kelas yang dimaksudkan… kelas 1B. HIhihihi… Best kelas ni. Disinilah bermulanya kenangan lalu. Cikgu Fung… atau sekarang dikenali, Cikgu Shazwansah, guru kelas kami. Kawanku semasa sekolah rendah, Fandy Wahyudi berjumpa kembali dikelas yang sama. Yesss…. Ada kuncuku.. hihihi…..

Kalau nak kongsi kenangan dulu2 ni, memang takkan abis…. Cuma, aku nak memohon kepada Allah, agar aku dapat dipertemukan dengan kawan2 dulu. Walaupun FB telah membuka ruang kita untuk bertemu, tapi bila la, agaknya….kita dapat berjumpa dan bersama lagi. Ingin dikongsi bersama juga la, aku dan kawan aku, pernah memberi surat yang diselaputi bedak wangi…perggghhhhh, konon2nya, na memikat gadis itu. Gadis itu, sudah pun berumahtangga. Yang kami ni masih lagi single…… hahahaha. Zaman mengurat, cinta monyet disini la tempatnya.

Masuk ke Tingkatan 2, maju setapak, dengan cuba memperluaskan “cawangan” di sm st Ursula… Tapi malang, surat yang ku beri kepada gadis itu, dib alas dengan surat “reject”. Hati ku pedih….(pada waktu itu la…) tapi sekarang kelakar pula…….geli hati. Surat biodata dan surat “reject” itu, aku masih simpan.. Sebagai kenangan untuk tatapan cucu-cicit aku, agar dapat mengajar during bagaimana menjadi lelaki yang gentlemen, yang mungkin tak akan maca atuk nya yangmenulis surat cinta dan dibalas dengan rejection.

Semasa di tingkatan 2 juga la, aku rasa best. Kena kan kawan aku dengan seorang junior, akhirnya menjadi cinta, setelah dua2nya malu2. Akhirnya….. tapi cinta monyet during setakat di sekolah. Asby dan Clary. Mana sudah kamu dua…..???? rindu pula sama kamu. Kalau la dapat jumpa kamu 2, aku kasi gandingkan kamu lagi tu.

Nak kongsi cerita tapi…….. tahu la. Masa sudah mencemburui
Nanti sambung lagi la… huhuhu… kalau diingat2 balik. Kelakar juga… tahu la, zaman budak2 mentah.

Bah…. Jumpa lagi…. Di episod akan dtg……

Salam……

JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !