counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Sabtu, 30 Januari 2010

Suka Duka Minggu ke-5 Di Tahun 2010.

Salam kepada semua.

Minggu ini, merupakan minggu terakhir di bulan Januari untuk tahun 2010. Perlu disedari dan perlu kita menyedari bahawa kebarangkalian bulan Januari ini adalah bulan Januari terakhir untuk kita merasainya adalah amat tinggi dan bila-bila sahaja kita boleh berada di alam lain yang belum tentu ada bulan januarinya. haha.. pelik bukan. Ingatlah, jadikanlah setiap perkara dan kejadian yang kita lalui bersama keluarga, sahabat-handai, rakan-rakan sekerja, kawan-kawan sekampung dan kenalan sebagai suatu kenangan yang cukup indah yang mungkin tidak akan berulang buat sekian lamanya.

Hari pertama berada di minggu ini, cukup memberi cabaran kepada hatiku yang penuh dengan kesabaran. Pergi kerja tanpa kenderaan. Fuh..!! begini agaknya rasa seorang yang bekerja tanpa kenderaan sendiri. Kawan yang aku bayar untuk menumpangnya bercuti tiba-tiba. Inilah cabaran untuk aku yang bekerja ditempat kerja yang jaraknya 45km dari tempat tinggal aku. Nasib baiklah bapa aku yang mungkin terpaksa membantu untuk menghantar aku ke tempat kerja. Terima kasih banyak-banyak bapaku. Dari sekolah sehinggalah aku bekerja, bapa aku tidak jemu-jemu menghantarku. Tidak apa, kalau ada rezeki lebih sikit, aku akan bawa bapa ke mana-mana dia mau nanti.. Bercerita pasal "transport" ni tidak berkesudahan di situ sahaja, balik ke rumah juga aku kena cari kereta untuk menghantar ku balik ke rumahku. Nasib baiklah rakan sekerja yang cantik lagi ayu, si Farahjifah namanya, punya kenderaan yang penumpangnya kurang seorang dan membolehkan dia menumpangkan aku. huhu. Sudahlah menumpang, diberikan "Special Seat" lagi. Bukan apa, dalam kereta tu, aku seorang sahaja lelaki, jadi, kenalah duduk di hadapan. Dalam perjalanan, seronok berborak dengan si Farah ni. Rugilah lelaki yang mengecewakan dia sebelum ni tau. Mungkin bukan jodoh Farah. apa bleh buatkan. Itu kenangan yang mungkin boleh dikatakan tidak menarik tetapi boleh dikongsi bersama. "moral of the story"nya pula, lu pikir la sendiri....

Hari kedua minggu yang terakhir ini, Selasa. "transport" bukan la jadi isu utama, kerana kawan aku ni dapat juga menghadirkan diri bertugas dan sekaligus dapat "mengangkut" kami ke tempat kerja bersama. Yang menjadi isu utama hari ini adalah urusan cutiku yang tertunggak beberapa hari tu. Bukan kerana aku, tetapi kerana kesibukan tugas aku dan pegawai yang menyokong cutiku. Tapi, semua ok juga pada hari itu, dengan urusan menjadi licin. Aku fikir, hari selasa bukan la hari yang mengembirakan melainkan ambik gaji di bank. hahah... selesaikan pembayaran ke atas mamaku, hutang dan beberapa pembayaran lain. Dapat gaji terus mau habis.. Macamana mau simpan duit untuk khawin dan simpana hari tua, kalau semua duit digunakan sepenuhnya. Erm, mungkin aku kena belajar berjimat dan belajar berkedekut dari mak aku, selepas ini.

Hari ketiga. Rabu.. "No comment about this day". Hari ni, hari ko-kurikulum untuk telah ditetapkan oleh kementerian pengajian tinggi dan kementerian pendidikan.
Melalui kehidupan hari rabu, seolah-olah kita di pertengahan masa. Fikiran kebanyakkan orang, salah satunya adalah cuti yang tidak lama lagi. hehe. Satu perkara yang membuatkan aku berfikir sepanjang minggu bermula hari rabu ini adalah pasal, surat panggilan menghadiri temduga. Fuh... dah dapat kerja di Gov, ada lagi dapat surat panggilan temuduga. Bikin pening aku lagi surat ni. adui na....

Hari Khamis. Hari keempat di minggu ke 5 ditahun 2010. Fuh.....Cuti lagi si kawan. Terpaksa menebal muka, meminjam kereta adik aku. haha. nasib baik dia kasi pinjam, kalau nda, terpaksa cari "option" lain. Iaitu si Farah.. haha.. Punkasi tebal muka juga tu. Tiada yang menarik hari ni melainkan makan, kerja, tidur dan Online Facebook. hahah..

Hari Jumaat, hari yang aku nantikan. Bukan apa, hari yang penuh barokah dan penghulu segala hari dan... dan... dan... banyak lagi keistimewaa hari jumaat ni. Petang ni, kawan baik aku si Norasyikin Abd Salleh akan sampai di Tawau ni. Sudah berjanji untuk menjemputnya di Airport. pada pukul 9.30mlm. Jangan salah faham, aku dengan dia, adalah kawan baik yang sudah berkawan sejak sekolah menengah lagi. Mungkin org akan anggap kami ni ada hubungan istimewa. Tidak. Tidak sama sekali. Sebagai seorang kawan, kita harus tolong menolong. Orang putih kata, "Give and Take".. huhu..
Sementara, sesambil dan sedang menunggu kapal terbangn syikin ni "landing", aku sempat me"round2" sekitar Airport Tawau, yang saya ingat berumur hampir 8 tahun. Bleh tahan juga airport ni. "Lawatan" mengelilingi Airport ni aku sertakan sekali melawat tandas. Kerana tandas tempat simpanan air sisa buangan manusia. Selepas itu, baru sahaja aku keluar tandas, terserempak pula dengan kawan lama juga, Hasrul Hasaat namanya. Dia ini bekerja dengan di Pejabat Ahli Parlimen kalabakan dan selaku pembantu peribadi Ahli Parlimen tersebut. Sempat lagilah, gosip2 sesama lelaki.
Beberapa minit kemudian, kapal terbang dari KL tiba, dan org yang aku tunggu sudah sampai, Wahhh.... lama nda jumpa sahabatku ni. Selepas itu, bawa dia makan malam dengan nasi goreng, tapi sebelum tu, sempat lagi membeli sayap ayam.. haha.. kenyang sakan malam ni.. Pada malam tu, aku terima hadiah istimewa sempena birthdayku dari sahabatku ni, hadiah tu, aku rahsiakanla ya, sebagai menghormatinya. Kek yang dibawanya dari KL, aku makan, sedap. memang sedap. walaupun tidak sejuk tapi memang sedap. Apatah lagi kalau sejuk, pasti nak lagi. Selepas tu, hantar dia balik rumah. Fuh... aku ingat mungkin malam semalam malam indah ko sebagai seorang sahabat. Pada malam tu juga, sempat juga aku berseloroh, dan bertanya pasal bila khwinnya, huhuhu.. jawapan "standard" dia bagi..iaitu, tunggu.... biasalah. Kalau aku ditanya soalan yang sama pun, aku jawap macam tu juga kali.... hehe...

Moral Of The story yang nak aku kongsi ni adalah ingatlah, jadikanlah masa bersama rakan-rakan anda dan sahabat-sahabat anda adalah masa paling istimewa dan diingati. Mungkin biasa bagi kita untuk meraikan sesuatu itu untuk rakan2 kita, tapi mungkin terlalu istimewa untuk kawan2 kita tu.. so, jangan lupa masa kisah bersama sewaktu kita tidak bersamanya lagi. Mungkin jumpa disuatu masa lain, tidak sama pada masa kita jumpa dulu. Setiap saat, perubahan pasti berlaku. Janganlah lupa siapa dia sebelum melupai siapa kita sebenarnya.. (uiks.. apa yang aku merepek ni..?)

Apa2puan, hidup hanya sekali dan sentiasalah menjadi yan terbaik dari yang terbaik untuk kehidupan kita.

Wassalam..

Jumaat, 22 Januari 2010

Program Makan Malam Bekas Pelajar Tahun 2000, SM Holy Trinity, Tawau, Sabah.

Memo

Kepada Saudara/saudari yang dikasihi,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Satu jawatankuasa penaja akan ditubuhkan bagi melaksanakan Program Majlis Makan Malam Bekas Pelajar bagi Sesi Tahun 2000 di SM Holy Trinity, Tawau, Sabah.
Program dijangka akan diadakan pada musim cuti persekolahan tahun 2010. Tarikh akan ditentukan kemudian melalui persetujuan ramai. Tempat program juga akan ditentukan.

Oleh yang demikian, pihak kami memohon kerjasama rakan-rakan untuk memberi maklumat seperti Nama, No.telefon, dan Alamat Surat-menyurat kepada wakil pihak pelaksana program melalui email, facebook message dan laman blog berikut.

Email : Hasidy83@gmail.com
Facebook : Hasidy Harun
Blog : Http://hasidyharun.blogspot.com

Maklumat saudara/saudari hendaklah dihantar sebelum 01hb April 2010 (Rabu). Ini adalah bertujuan supaya program ini dapat diurus dengan segera dan teratur.

Maklumat berkenaan program ini akan diberitahu dari masa ke semasa.

“Sila sebarkan pesanan ini kepada rakan-rakan yang tidak mempunyai akaun facebook”


Sekian, terima kasih.

Wakil pelaksana program

Rabu, 20 Januari 2010

ALLAH itu Esa, ALLAH itu Maha Besar...

Assalamualikum, Saudara-saudaraku Muslim..

Perkataan ALLAH sememangnya tidak boleh di gunapakai dimana-mana ajaran agama selain Islam. Penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain selain Islam boleh menimbulkan kekeliruan, justeru, sebagai hamba ALLAH yang rendah lagi kecil ini, ingin saya kongsi bersama anda semua, bahawa ALLAH itu hanya digunakan untuk Islam atau Moslem.

Pengalaman saya sebelum ini yang sentiasa mencari, mengali dan mengkaji pegertian agama islam itu sendiri, walhal, saya sedari kecil lagi sudah menganut Islam ini. Pemerhatian saya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nampaknya gerakan Fremanson telah mula berkembang dan menyelinap ke seluruh negara kita, biarpun bukan berpendidikan agama ataupun warak umpana Ustza atau Imam atau Pegawai Agama bertauliah, tetapi hak saya sebagai rakyat malaysia yang beragama islam, perlu saya pertahankan dan tegakkan untuk kedaulatan islam agar tidak tercemar dan tersasar ke haluan kiri. Justeru, sedikit maklumat mengenai tuhan di dalam bible yang boleh kita kongsi bersama.

Allah itu bersifat satu, dalam pegangan Catolik atau Protestant, tuhan tidak dipanggil 'ALLAH'. Penggunaan Bahasa Melayunya ialah 'TUHAN'. Dalam Bible Catolik Tagalog Philippines tuhan itu adalah 'DIYOS', Dalam Bible God dikenali sebagai Bapa Mereka "Father' seperti dalam Kitab Bible : Chapter Matthew 6:6, 7:1) Gospel Jesus called himself ' the son of man' (Mathew 13;37, Luke ayat 12;10).

Berikut adalah contoh-contoh dalam ayat-ayat Holly Bible: 'Joseph the son of Heli, whose father and forefathers were Matthat, Levi....Enos, Seth, Adam who was of God' (Luke ayat 3:23-38) 'The Lord said to me , Thou art My Son, this day have I begotten Three' (Psalms ayat 2;7) Solomon the son of god (Sulaiman anak kepada father) 'So, that one shall be my Son, and i will be his Father" (I Chronicles 22:10) Israel the Son of God "This is the Lord's message, 'Israel is My First born son" (Exodus 4:22). Righteous men, the sons of God: 'You are God's, indeed, you are all sons of the Most High' (Psalms ayat 82:6)

Banyak ayat-ayat yang mungkin umat islam atau saudara islam yang kurang tahu mengenai isi kandungan bible, namun, bahawasanya di dalam bible tidak terdapat penjelasan yang sahih dan tergantung kerana new tastement, Jesus atau Yesus, merupakan Isa Al Masih yang diagungkan akan keberanian lelaki yang di Salib sehingga mati, Dlm Katolik, Salib terdapat tubuh Jesus @ Yesus manakala Prostestan tidak terdapat tubuh Jesus.

Sesungguhnya, Islam itu agama di jalan yang benar (Correct way), justeru, penggunaan perkataan Allah dalam Herald pastinya akan memincangkan suasana serta menyesatkan akidah terutama anak-anak muda di masa hadapan. Tidak mustahil suatu hari akan datang, anak-anak Islam ini akan tinggal Islam pada nama, manakala pegangan meraka hancur lebur seperti masyarakat di negara bekas kuasaan Soviet Union, di Azerbaijan etc, yang makanan seperti Babi boleh di jual oleh org Islam, seperti juga di Filipina, jika lelaki Pinoy beragama islam wajib menukar agama kristian untuk mengahwini wanita Kristian Filipino. Sama juga seperti rakan saya, bernama Mohammad xxxxxx bin Ali, bukan beragama islam tetapi protestant kerana ibu bapa suka hati letak nama.

Sesungguhnya fremanson telah berjaya masuk dan ingin menakluki mana-mana pihak yang mudah terpedaya. Justeru, sebagai Muslim, kita perlu sedar dan bangkit membantah penghinaan ini.

Wassalam....

Isnin, 18 Januari 2010

Cinta dan cita-cita

Selamat malam kepada pembaca sekalian. Untuk menghuraikan secara spesifik dan secara teliti berkenaan cinta dan cita-cita, mungkin bagi sesetengah orang amatlah mudah umpama "air masuk ke dalam mulut". Kata sesetangah orang, kita harus mengejar cinta, barulah cita-cita kita tercapai, tetapi, ada juga sekerat mungkin dua kerat manusia menyatakan bahawa, cita-cita lebih penting dari cinta. Mungkin penafsiran setiap otak manusia didunia ini berbeza-beza.

Bagi saya, keduan-duanya penting. Cinta dan cita-cita. Cinta merujuk kepada cinta yang kekal dan abadi, manakala cita-cita merujuk kepada impian, tujuan serta komitmen mahupun pencapaian setelah berusaha untuk mencapainya.

Cinta tanpa cita-cita umpama "makan coklat tak bergula".
Cita-cita tanpa cinta umpama "menembak tanpa peluru".

Pernah ada perumpamaan yang menyebut, "kejarlah cinta sebelum cita-cita".
Apa maksud sebalik perumpamaan ini. Adakah megejar cinta Ilahi atau mengejar cinta sesama manusia..??

Persoalannya mudah. Dan ia perlu di sesuaikan dengan keadaan dan waktu.
Sekiranya kita berjaya mengejar cinta, tercapailah cita-cita. Insyallah.

Selasa, 5 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010......

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk hidup.....
Ketika catatan ini dibuat, saya masih bersendiri dan oleh itulah, kebetulan dgn tahun baru, so, saya masukkan 1 azam utama tahun ini ada untuk mencari teman....

Kesedihan biasa bagi kita.. kenapa setiap kesdihan itu mesti mengalirkan airmata..?? fikir-fikirkanla... Cinta memerlukan airmata, solat juga perlukan airmata manakala, kehampaan biasanya berakhir dengan tangisan dan airnata...

Mulakanlah tahun baru ini dengan menggurangkan kesedihan dan airmata..

JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !