counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Rabu, 28 April 2010

1 Malaysia di Sabah....

Assalamualaikum.


Diharapkan semua rakan pembaca berada dalam keadaan sihat wal'afiat disamping orang2 yang tersayang. Syukur kehadrat ALLAH S.W.T, kerana telah memberikanku peluang untuk hidup di dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Syukur alhamdulillah. Lama benar, rasanya aku tidak menaip rencana atau berkongsi cerita dengan coretan pengalaman ku. Kali ini saya kembali dengan harapan untuk rajin menulis dan berkongsi cerita untuk bacaan kita bersama.


Saya sudah hidup 27 tahun, dan saya juga sudah pernah berjumpa, bertemu dan bersua muka dengan ramai orang tidak kira bangsa. Melayu, cina, bugis, bajau, banjar, butun, timur, jawa, tidung, suluk, kadazan, dusun, semenanjung dan macam-macam lagi. Saya tidak merasakan itu sebagai suatu yang pelik atau tidak biasa kerana, sejak dari kecil lagi, aku sudah terbiasa bergaul mesra dengan mereka-mereka yang berbangsa seperti yang telah ku telah sebutkan tadi.


Setiap bangsa ini bukanlah, beban kepada kerajaan atau liabiliti kepada bangsa lain, kerana adanya bangsa ini kita dapat berkongsi adat istiadat kaum, serta bahasa pertuturan yang digunakan. Malah, sesetengah masyarakat di bandar, di taman perumahan, di ceruk-ceruk desa, kampung, dan dimana sahaja di Malaysia khususnya di Sabah ini, mengamalkan perkongsian bijak sesama bangsa dalam keadaan harmoni.


Di zaman yang penuh dengan kecanggihan alat elektronik, kemodenan prasarana dan ketinggian ilmu ini, masih ada juga sesetengah masyarakat kaum/bangsa memandang kaum/bangsa lain itu dari suatu sudut yang berbeza. Saya mungkin tidak memahami apa maksud tersirat ini, tetapi, secara tersuratnya, bangsa atau kaum lain ini, lebih dijauhi dan cuba untuk dijauhi oleh bangsa/kaum lain, walhal kita seagama, sebangsa Melayu. Apa salahnya bangsa ini untuk bersama-sama kita melayari kehidupan yang penuh dengan cabaran dan saingan tanpa sempadan dan bersama-sama dengan bangsa lain memajukan negara.

PM Kita, Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, yang mengagaskan prinsip 1 Malaysia sejak bulan Mac, 2 Tahun lalu, mengalakan perpaduan antara kaum tanpa mengira bangsa, berlainan agama, kecil, tua, muda, dan sebagainya. YAB PM juga tidak mengalakkan setiap anggota masyarakat itu membeza-bezakan kaum, bangsa mahupun agama dalam mendapatkan sesuatu hak dan keperluan dalam negara yang berbilang kaum ni. Ayuh, saya cabar setiap anggota masyarakat untuk menyahut cabaran YAB PM untuk bersama-sama meningkatkan pepaduan antara kaum bagi membina satu bangsa Malaysia untuk kemajuan negara yang penuh dengan cabaran ini.


Akhir kata buat masa ini, bersama-samalah kita menilai sejauh mana tahap hubungan kita dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dan agama. Adakah hubungan itu berada di tahap yang tertinggi atau masih perlu dibaiki. Tidak salah untuk kita meningkatkan hubungan sesama bangsa dan tidak dilupakan bangsa lain.
Sekian. Terima Kasih.

Sabtu, 24 April 2010

Salam Persahabatan,
  • Ini adalah no. akaun untuk bayaran yuran penyertaan Majlis Mesra Aidilfitri, Bekas Pelajar SM Holy Trinity Tawau, Sabah Tahun 2000
  • Bank : CIMB Bank.
  • No Akaun: 1006-0035219-52-8
  • Nama: Hasidy Harun
  • Yuran: RM50 (Seorang) atau RM70 (dengan pasangan)
  • Lain-lain: Setiap rakan yang menyertai Majlis ini diwajibkan membawa HADIAH KENANGAN (nilai hadiah bergantung kepada kemampuan dan digalakan hadiah yang nilainya Lebih RM10).
  • Pasangan yang dibawa oleh rakan, tidak perlu membawa hadiah.
  • Untuk makluman: Majlis Mesra Aidilfitri Bekas Pelajar Sm Holy Trinity ini, akan diadakan Pada 18hb September 2010 (Sabtu) (7.00pm-10.00pm), di Hotel Kingpark, Tawau, Sabah.
  • Peringatan, pastikan semasa membuat bayaran, No akaun dan Penama akaun ada betul. Manakala resit pembayaran, lebih baik dikirim kepada alamat berikut.
  • HASIDY BIN HARUN
  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU KM 36,
  • JALAN BALUNG,
  • BEG BERKUNCI NO. 2791009 TAWAU, SABAH.
  • Atau
  • Hubungi saya di no.telefon : 0138830470 / 0128657372, untuk rekod.
  • Tempoh pembayaran adalah bermula pada 26.04.2010 (Isnin) sehingga 31.05.2010 (Ahad).
  • Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya, rakan2 tidak dapat menghadiri majlis dan mengubah fikiran untuk tidak menghadirinya.
  • Kerjasama dari sahabat, rakan taulan dan kawan-kawan adalah amat saya harapkan.
  • Sekian, terima kasih.
  • Hasidy Bin Harun

JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !