counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Jumaat, 6 Julai 2012

Perjalananku Ke Brunei Darussalam. (Bahagian II)

.........setelah berehat untuk mandi dan membuang air kecil dan besar, saya dan kawan saya bersiap untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan kami dimulakan dengan sarapan pagi di sebuah restoran melayu di Pekan Putatan. Tidak banyak pilihan makanan di restoran ini. Walau apapun, perut kena diisi. Santapan mee goreng dan minuman panas. Jam menunjukkan pukul 10 pagi, kami memulakan perjalanan yang jauh dan menyeronokkan.

Berdasarkan peta Sabah yang kami muat turun daripada internet, perjalanan kami ini akan menemui pekan Kimanis iaitu 45 km dari Kota kinabalu. Untuk ke Pekan Kimanis, terdapat 2 laluan yang boleh dipilih. Laluan melalui pekan Kinarut dan Papar atau laluan terus ke Kimanis tanpa perlu ke Pekan Kinarut dan Papar. Persimpangan laluan lampu isyarat ini boleh ditemui selepas sahaja melalui Kem Askar Lok Kawi. Laluan untuk ke Pekan Kimanis melalui Pekan Kinarut dan Papar adalah simpang ke sebelah kanan, manakala laluan terus ke Pekan Kimanis tanpa perlu ke Pekan Kinarut dan Papar adalah terus kehadapan. Saya dan  kawan saya memilih untuk terus ke laluan Pekan Kimanis. Perjalanan dijangka mengambil masa 40-45 minit. Perjalanan satu lorong sehala ini melalui kampung dan rumah-rumah kampung ditepi jalan yang berselekoh tajam kiri dan kanan. Berhati-hati ketika melalui jalan ini kerana saiz jalan dia kecil dan mempunyai selekoh. Dalam perjalanan ini, kita akan temui suatu kawasan yang rata dan cantik pemandangannya. Jelapang padi Sabah gelaran diberi. Jauh mata memandang, teringat kenangan. Setelah hampir 10.43 minit perjalanan, kami sudah hampir untuk sampai ke Pekan Kimanis. 


2 Km sebelum sampai ke Pekan Kimanis dan 39 Km untuk sampai di Daerah Beaufort.

Pekan Kimanis tidaklah besar tatkala hendak dibandingkan Pekan Kunak atau Pekan Telupid, memang tidak boleh dibandingkan. Ianya sebuah pekan yang hanya terdapat beberapa deretan kedai papan. Walaupun begitu, umum sudah mengetahui Projek Carigali Petronas (SAMUR) telah pun dimulakan. Kita boleh melihat projek itu yang terletak ditepi jalan dan beberapa projek pembinaan rumah kedai beberapa deret yang begitu rancak boleh diandaikan pekan ini akan maju tidak berapa lama akan datang.

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Pekan Beaufort, tidak kurang 37 Km daripada Pekan Kimanis. Untuk ke Pekan Beaufort ini, perjalanannya tidaklah rumit kerana hanya satu laluan utama sahaja untuk terus ke Pekan Beaufort ini. Sebelum sampai ke Pekan Beaufort, kita akan bertemu Bulatan Bongawan yang mana bulatan ini membahagikan perjalanan ke Pekan Bongawan dan Jalan Bongawan Estate.


Bulatan Bongawan


Setelah melalui Bulatan Bongawan, kita akan temui Papan Tanda Jarak destinasi Seterusnya..


Pemandangan biasa ketika melalui Laluan Utama ke Pekan Beaufort dari Pekan Kimanis iaitu Station Laluan Keretapi KK-Weston

Tepat pukul 12.10pm, setelah melalui pekan Kimanis, Bulatan Bongawan dan Pekan membakut kami tiba di Pekan Beaufort, setelah melalui perjalanan untuk 2 Jam. Pekan ini besar, dan pada firasat saya ia boleh dipanggil bandar kerana infrastrukturnya yang sempurna. Kawan yang saya amat kasihi yang turut bersama saya, dapat mengutip cebisan foto pekan Beaufort untuk tatapan kalian.

 

Ketibaan kami disambut dengan papan tanda Pekan Beaufort. 


Replika Buah Kelapa menjadi simbolik kepada Pekan Beaufort.

  
  
Pasar Pekan Beaufort


Masjid Pekan Beaufort


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Beaufort. Betul-betul ditengah Pekan Beaufort.


Terminal Kereta Sewa Pekan Beaufort dan "Bini-bini".


Papan Tanda Jalan Ke Tapak Stesen Kereta Api, pekan Beaufort.


Ke Sipitang, kena melalui jambatan. Laluan utama ke Pekan Sipitang, Lawas Dan Brunei Darussalam.


 Inilah dia jambatan yang dimaksudkan. Jambatan ini menghubungkan Pekan Beaufort dan laluan ke Pekan Sipitang yang dipisahkan oleh Sungai Padas. Panjang jambatan atau lebar Sungai Padas adalah lebih kurang 600 m.

Habis cerita mengenai Pekan Beaufort, jom kita teruskan perjalanan bersama kami ke Pekan Sipitang. Pekan Sipitang merupakan daerah yang paling hujung di sebelah selatan Negeri Sabah. Jarak antara Pekan Beaufort dan Pekan Sipitang adalah 44 km. Ia mengambil masa dalam 40-45 minit perjalanan. Pemandangan menuju ke pekan Sipitang amat cantik dengan kiri dan kanan laluan utama kelihatan luas walaupun dipenuhi oleh tumbuhan lalang. Di sebelah kanan sepanjang laluan ke Pekan Sipitang ini, kita boleh lihat, lautan luas Laut China Selatan. Pemandangan sepanjang laluan ke Pekan Sipitang kami kongsikan bersama.


Papan Tanda Jarak. Sipitang 33 Km.


Cantik. Satu-satunya, laluan utama ke Pekan Sipitang dari Pekan Beaufort.


19 km sebelum sampai ke Pekan Sipitang, kami bertemu dengan simpang masuk ke Pekan Weston (Sebelah kanan).


Lagi. Pemandangan laluan utama menuju ke Pekan Sipitang.

Jam menunjukkan pukul 1.30 petang. Pemandangan yang indah disepanjang laluan ke Pekan Sipitang membuatkan kami alpa dan lalai sehinggakan kami tidak menyedari bahawa kami telah sampai di Pekan Mesopol, sebuah pekan kecil dibawah pentadbiran Pekan Sipitang. Mesapol terdiri daripada deretan kedai dan terdapai masjid utama ditepi jalan.


Papan tanda menunjukkan kami menghampiri Pekan Mesapol


Sedikit gambaran dan sekitar Pekan Mesapol. 

Kami meneruskan perjalanan tanpa memasuki Pekan Mesapol kerana hari sudah petang. Walaupun masih awal tetapi perancangan waktu perlu diatur lebih awal agar tidka terburu-buru mengejar waktu. Tidak jauh dari Pekan Mesapol, kini tiba di Pekan Sipitang, daerah terakhir Sabah sebelum masuk ke Lawas, Sarawak

Pekan Sipitang agak besar. Terletak betul-betul ditepi Laut China Selatan. Majoriti kaum di Daerah Sipitang ini adalah daripada suku kaum kedayan, brunei, murut dan pelbagai bangsa. Sipitang terkenal dengan pesta tahunan mereka yang dimasukkan sebagai kalendar pelancongan daerah ini iaitu Pesta GATA Sipitang. Antara tempat menarik di Sipitang ini adalah Taman Esplanade. Taman ini terletak betul-betul di Pekan Sipitang itu. Sebelum sampai ke Pekan Sipitang, terdapat stesen minyak Shell di tepi sebelah kanan. Cebisan gambar untuk kalian, saya muatkan.


Susur masuk ke Pekan Sipitang dan kenderaan kami ini berada diatas Jambatan.


Stesen Minyak Shell yang dimaksudkan. Kalau kita lihat, di jauh ke dalam gambar ini, Laut China Selatan.

Kami meneruskan perjalanan dan selepas sahaja melalui Pekan Sipitang ini, kami temui bulatan yang menujukan arah ke Pekan Kecil Sindumin dan Lawas, Sarawak. Hati dan fikiran sudah mulai "excited" kata orang putih. Sebentar lagi, kami akan melangkah ke luar negeri Sabah. 


Papan tanda arah selepas melalui Pekan Sipitang.


Untuk ke Lawas, Sarawak, kita akan menuju ke Pekan SIndumin, iaitu pekan kecil dibawah pentadbiran Sipitang, bersempadan dengan Lawas, Sarawak.

Sedikit masa lagi, perjalanan kami di Sabah akan berakhir dan kami hanya berada di Sabah dalam 20-25 minit sahaja lagi. Jarak Pekan Sipitang dengan Pekan kecil Sindumin adalah 22 Km. Laluan ke pekan Sindumin ini agak berbukit. 


Papan tanda arah ini menunjukkan kami sampai ke penghujung Negeri Sabah. Persimpangan bulatan ini menunjukkan Ke simpang kanan adalah Pekan Kecil Sindumin, Sabah. Manakala, simpang kiri adalah Pos Imigresen SIndumin, Sabah - Pos Imigresen Merapok, Lawas, Sarawak.


Sudah sampai masanya untuk "Check out" dari Negeri Sabah dan "Check in" Ke Negeri Sarawak. Mana-mana individu warganegara Malaysia atau tidak, mesti ada Passport Antarabangsa Malaysia yang sah sebelum memasuki Negeri Sabah dan Sarawak. Ini adalah antara syarat dan perjanjian yang termeterai semasa Sabah-Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1965 dahulu.





Pos Kawalan Imigresen Merapok, Lawas, Sarawak dan Pos Kawalan Imigresen Sindumin, Sabah. Saya dan kawan saya, bersedia untuk memasuki Negeri Sarawak, Sik Caya Kamek Sudah Masuk Sarawak.


Sewaktu saya dan kawan saya menyerahkan passport antarabangsa, kami ingat kami sudah berada di sempadan Negara Brunei. Rupa-rupanya, masih di Malaysia lagi. Buat malu saja kami kepada pegawai Imigresen tu, al-maklumlah, Brunei sudah terbayang-bayang dikepala kami. 

Setelah mendapatkan cop daripada pegawai itu, kami meneruskan perjalanan. Memasuki Lawas, Sarawak, tidak jauh bezanya dengan Sabah. Kiri-kana laluan ke Bandar Lawas dipenuhi dengan hutan tebal dan kadang-kadang bertemu dengan bukit-bukit batu semacam gua. 

Tidak berapa jauh perjalanan kami, buat pertama kalinya, kami melalui sebuah jambatan yang merintangi Sungai Lawas (Batang Lawas). Jambatan yang hanya boleh dillui oleh sehala kenderaan. Panjang jambatan ini, adalah lebih kurang 350 meter. Sekaligus ukuran kepanjangan jambatan itu menunjukkan kelebaran Batang Lawas ini.



Jambatan Batang Lawas, Sarawak.



Hutan tebal sekitar Batang Lawas, Sarawak.



Merakam gambar kenangan bahawa Hasidy Harun sudah pernah berada disini.

Setelah berhenti untuk seketika bagi merakan gambar kenangan di Jambatan Batang Lawas, Sarawak. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Bandar Lawas. Lebih-kurang 20 minit perjalanan, kami sampai di Bandar Lawas. 

Memasuki Bandar Lawas, Batang Lawas menyambut kedatangan kami. Bandar Lawas terletak betul-betul di tepi Batang Lawas. Terdapat satu tempat istirehat di tepi Batang Lawas di Bandar Lawas ini. Kami singgah disitu untuk berehat dan menghirup udara  serta  keadaan Bandar Lawas.



Sempat bersandar di kaki lima tepi Batang Lawas. 


Dari sudut berlainan. Gambar saya diambil.



Di hadapan tempat lepak dan istirehat tepi Batang lawas itu adalah Hotel Seri Malaysia. Hotel bertaraf 4 bintang ini adalah hotel terbesar di Bandar Lawas.

Setelah beberapa ketika berada di situ, kami meneruskan perjalanan, kerana waktu sudah hampir 3 petang. Bandar Lawas juga besarCukup sempurna bandar ini, stesen-stesen minyak, bank, restoran, hotel, balai polis, sekolah dan sebagainya semua ada disini. Bandar Lawas ini rasanya tidak salah saya boleh samakan dengan bandar Lahad-Datu di Sabah.

Semasa berada di Bandar Lawas, papan tanda untuk menuju ke Daerah Temburong, Brunei, tidak kami dapati. Berlegar-legar di tengah bandar Lawas untuk mencari dimana jalan keluar untuk ke Brunei. Lalu, kami mengambil keputusan untuk bertanya seorang di sebuah kedai di tengah bandar Lawas. Setelah kami diberitahu dan ditunjukkan jalan, kami dapat keluar dan meneruskan perjalanan. 

Sampai sudah waktu yang kami tunggu-tunggu, tepat pada pukul 3.35 petang, kami sampai di Pos Kawalan Imigresen Mengkalap, Lawas, Sarawak dimana urusan cop keluar Malaysia disini. Oleh yang demikian, kami bersedia untuk masuk ke Negara Brunei Darussalam. Inilah kali pertama dalam hidup, saya keluar negara. hehehehe... Dan buat pertama kalinya, passport saya di cop dengan cop negara lain. Untuk masuk ke Negara Brunei Darussalam, kita akan melalui Pos Kawalan Imigresen Temburong, Brunei Darussalam.



Pos Kawalan Imigresen (CIQ) Daerah Temburong, Brunei Darussalam.
Kiri dan kanan kawasan CIQ ini adalah hutan tebal dan suasana serta bunyi unggas dan burung-burung berkicauan. Tidak banyak kenderaan melalui CIQ pada ketika ini.



Lebih dekat lagi.

Sebagai rakyat luar negara, seperti biasa, kami kena melalui pos ini dan menyerahkan Passport Antarabangsa untuk dicop masuk. Membawa kenderaan yang tidak berdaftar di Negara Brunei atau ertikata lain, kenderaan luar negara, mesti didaftarkan terlebih dahulu. Syarat ini dikecualikan bagi rakyat Malaysia yang duduk berhampiran sempadan yang mempunyai pas khas. Berikut adalah borang yang diisi oleh kami.


Borang Masuk Sementara Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja
Negara Brunei Darussalam.
(muka hadapan)


Borang Masuk Sementara Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja
Negara Brunei Darussalam
(muka belakang)


Pegawai Kastam di Pos berkenaan memberitahu bahawa borang ini perlu ditunjukkan apabila diminta oleh mana-mana pegawai kerajaan Brunei ketika berada di Brunei Darussalam. Menurut Pegawai Kastam lagi, antara barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa keluar dari Brunei adalah beras. Barang-barang yang dibeli dari Brunei dan hendak dibawa keluar perlu diperiksa dan dikenakan cukai oleh kerajaan Brunei.

Agak kekok juga buat pertama kalinya kami berurusan di Pos Imigresen Brunei ini, sebab ketika mengisi borang ini, No.Casis Dan Engine kenderaan diperlukan. Sedang kami tidak membawa kad kereta, dimana makluman itu terdapat pada Kad Kereta. Nasib baiklah kami membawa buku rekod penyelenggaraan, kerana di situ terdapat No Casis Dan Engine.

Setelah urusan selesai, kami meneruskan perjalanan menelusuri perjalanan diatas jalanraya Negara Brunei Darsussalam. Melihat keadaan jalanraya yang cukup baik, tidak terdapat kecacatan dan kerosakan disamping kurang kenderaan lalulintas, kami menikmati perjalanan yang cukup indah di Negara Brunei Darussalam. Gambaran keadaan di Brunei Darussalam saya kongsikan bersama kalian.


Papan Tanda Jarak di Daerah Temburong, Brunei Darussalam.
Melihat kepada jarak, lebih kurang 15 minit lagi, kami akan sampai di Bandar Bangar, Derah Temburong, Brunei Darussalam.


Setelah 15 minit berlalu, kami sampai di Bandar Bangar, Brunei Darussalam. Kami disambut oleh Abang-abang Askar Diraja Brunei yang membuat sekatan jalan. Mungkin ini adalah tugas rutin mereka. Pada waktu pukul 4.15 petang begini, keadaan dan suasana bandar ini agak lengang dan sunyi. Bandarnya bersih, cantik dan tersusun dan memang terasa bukan berada di Malaysia. Daerah Temburong, Brunei ini terpisah daripada Pusat Pentadbiran Brunei. Ia dipisahkan oleh Bahagian Limbang, Sarawak.


Saya tidak pasti ini apa, tetapi melihat kepada keadaan dan rekabentuknya, ia adalah "Granstand" kawasan lapangan acara.


Pintu Gerbang Taman Bangar, Temburong, Brunei Darussalam.


Papan Tanda Arah di Bandar Bangar, Temburong, Brunei Darussalam.


Sebuah Jambatan di Bandar Bangar.


Keadaan Bandar Bangar, Daerah Temburong, Brunei Darussalam.
Lebih kurang 5 Km lagi, kami akan keluar Negara Brunei Darussalam dan Masuk semula ke Malaysia.


Keadaan jalanraya dan papan tanda jalan yang jauh berbeza warna.


Masjid Kampong Puni, Daerah Temburong, Negara Brunei Darussalam.

Kami meneruskan perjalanan dan setelah melalui 5 km, lebih kurang 10 minit, kami tiba di Pos Kawalan Imigresen Puni, Brunei Darussalam. Urusan pemeriksaan kastam dan cop passport antarabangsa untuk keluar Negara Brunei Darussalam. Suasana CIQ digambarkan berikut.


Kenderaan beratur menunggu giliran untu pemeriksaan Kastam dan Cop Passport.


Walaupun penat menjadi driver sepanjang perjalanan, senyuman tetap terukir.


Pemeriksaan Imigresen Brunei Darussalam.

Lebih kurang 500 meter selepas melewati Pos Kawalan Imigresen Puni, Brunei Darussalam ini, kita akan temui Sungai Limbang (Batang Limbang). Sungai ini adalah sempadan bagi Negara Brunei Darussalam (Daerah Temburong) dan Malaysia (Daerah Limbang, Sarawak).

Untuk melintasi sungai ini, perkhidmatan feri disediakan dengan kerjasama kedua-dua buah negara. Jarak sempadan atau lebar sungai ini hanyalah lebih kurang 500 m. Terdapat 1 feri sahaja dengan sekali muatan boleh memuatkan 10-15 buah kenderaan. Tambang feri sekali melintasi ini adalah RM8.00, atau B$4.00.

Pada waktu hendak membayar tambang feri, kami tidak mempunyai sesen pun duit brunei. Kami terlupa untuk menukar duit Malaysia kepada duit Brunei Darussalam. Nasib baiklah perkhidmatan feri ini menerima duit Malaysia, kalau tidak, terpaksalah pinjam dari uncle sebelah kereta. hehehe... 


Kondaktor feri ini sentiasa senyum dan layanan mereka cukup bagus.



Syarikat Feri Usahasama Sdn Bhd.


Resit Tambang Perkhidmatan Feri menyeberangi Batang Limbang



Saya berada di dalam kereta di atas feri yang sedang menyeberangi Batang Limbang.



Kenderaan bergerak keluar dibantu dan dikawal oleh kondaktor yang bertugas.


Setelah bergerak keluar daripada feri dengan selamat kami telah sampai ke daerah Limbang. Pengalaman di daerah Limbang, Sarawak dan di Bandar Seri Bagawan, Negara Brunei Darussalam, akan saya sambung di bahagian ke-3, insyaALLAH.


Sambung di bahagian ke-3...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi..I'm in LD. Plan dalam msa tdekat drive mbak keta pulang hometown swak. Brapa km/jam kitak drive dari area putatan until Brunei? Dari cni kitak surf peta nak menar2 tepat untuk senang drive especially org yg baru 1 st time tok mrancang utk drive after baca blog kitak. I'm quit confuse makei map yg loading dari ipad. I need suggestion n detail info.

Hasidy Harun berkata...

Ok.Saya akan jelaskan dalam masa terdekat. Ok.. Terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Brapa jarak km dari lawas ke brunei blh pergi balik dlm masa 1 hari ja bole info tq

Hasidy Harun berkata...

Terima kasih pertanyaan

Lawas (sarawak) -> Bangar (Brunei)
Dalam 30 minit.

Bangar (Brunei) -> Limbang (Sarawak)
Dalam 30 minit.

Limbang (Sawarak) -> BSB (brunei)
45 minit.

Hasidy Harun berkata...

Kelajuan kenderaan 80km/j ke atas.

Tanpa Nama berkata...

Salam...brapa jam agak2 perjalanan drpd kk ke limbang?TQ

Tanpa Nama berkata...

Salam Hasidy, satu catatan perjalanan yg sungguh menarik dan informatif. Sejujurnya saya berpendapat pengalaman encik hasidy boleh dibuat menjadi buku bagi membantu pengembara-pengembara ASEAN. Sungguh terujua deangan pengolahan bahasa yg mudah d fahami.

Sebagai tambahan sahaja, saya ingin mengetahui:
1. Jarak perjalanan dari Negara Brunei dan Kota Kinabalu?
2. Berapa 'check-points' imigresen yg perlu di lalui?
3. Selain pengalaman berhenti rehat di bandar lawas, dimana kah lagi tempat yag sesuai dan selamat untuk bermalam?

Diharap encik hasidy dapat menjawab dan senantiasa akan menunggu pengeluaran buku pertama encik dipasaran, insya allah! Syabas.

Wassalam

Encik AG Syamsul

Unknown berkata...

Tuan.blh tuan upload tmpat2 menarik d brunai n pmandangan kiri kanan jln. D sepanjang pjlnn

Unknown berkata...

Assalamualaikum en hasidy.. En ada no contact Kawan2 kat limbang x..k.liha nak cari homestay & van u di sewa bln Sept ni..

JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !