counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Rabu, 22 Februari 2012

Munculnya Kenangan Dalam Mimpiku

Sedang aku rasa lena dan tanpa disedari, bunyi "alarm" handphone ku berbunyi. Bunyi itu menyebabkanku terbangun seawal pukul 4 pagi lebih. Mungkin disebabkan banyak minum air kosong pada malam sebelumnya, aku rasa lemas dan berat untuk bangun. Aku mengkategorikan tahap tidurku semalam adalah tidur yang lena dan cukup menyedapkan.

Tidak cukup dengan itu, pada masa bangun itu, aku cuba bandingkan lingkaran ubat nyamuk jenama "ridset" yang kebiasaannya aku guna dengan lingkaran ubat nyamuk jenama "shieldtox". Sebenarnya, secara tidak langsung, penggunaan ubat nyamuk ini juga boleh menyeyakkan serta menyedapkan lagi tidur secara tidak langsung. Untuk itu, aku beri kredit lebih kepada shiledtox kerana masa penggunaannya lama dan memberi kesan kepada gangguan nyamuk.

Sambil mataku tertutup dan separuh terbuka, aku berkhayal sebenar diatas tikar lembut yang ku panggil tilam nipis. Sedap juga tidur ditilam lembut yang mak aku belikan dari Sarawak. Khayalan ku diatas tilam nipis tu boleh tahan lama juga. Sambil mengingatkan apa, siapa dan dimana tempatnya muncul dalam mimpi malam sebelum aku bangun itu. Oh, rupanya aku bermimpi. Siapa diantara kita yang tidak mahu kembali ke zaman remaja dan zaman kenakalan dulu. Itulah zaman kita belajar banyak perkara dari dalam rumah sehinggalah ke luar rumah. 

Antara nama-nama yang aku dapat kenalpasti yang hadir dalam mimpiku malam semalam adalah...erm... tidak perlulah aku sebutkan, sebab terlalu ramai. Yang pasti mimpi itu menjadi kenangan yang mungkin tidak akan kembali selapas ini. Walaupun hanya hadir ketika mimpiku, ia cukup membolehkan aku mengingati kawan-kawan lamaku. Yalah, apa tidaknya, sudah lama tidak jumpa. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Hehe..

Kita tidak nafikan, mimpi adalah mainan tidur. Dalam islam, mimpi adalah paparan atau gambaran yang dicipta dan dipersembahkan oleh ALLAH s.w.t kepada manusia didalam tidur mereka. Kita semua perlu tahu, mimpi ini berlaku mungkin kerana beberapa sebab. Antaranya, disebabkan sesuatu perkara yang telah dilakukan oleh kita sebelum tidur dan terbawa-bawa ke dalam tidur, atau perkara itu berlaku pada masa akan datang. Hanya ALLAH s.w.t saja mengetahuinya. Biasalah mimpi yang mendahului realiti dan kejadian sebenar  ini adalah peringatan yang diberikan oleh ALLAH s.w.t kepada umatnya. Lain daripada itu, ada juga mimpi yang boleh mendatangkan ketakutan dan mimpi yang mendatangkan kesedihan. Mimpi ini biasanya dibawa oleh syaitan laknatullah. 

Cukuplah cerita pasal mimpi, nanti aku pula yang termimpi-mimpi cerita mimpi ini. dan cukup jugalah perkongsian kita mengenai mimpi. Oh ya.. cerita pasal mimpi aku semalam itu memang benar, aku dan kawan-kawan ku telah mengadakan "reunion" dalam mimpi ku semalam. Semoga ianya menjadi kenangan manis dan tersimpan dalam ingatan selalu.

Wassalam

Selasa, 21 Februari 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran

Uncle Hasidy Harun dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-13 TAHUN


Doa uncle Hasidy Harun agar Eiffa Mazdianna belajar rajin-rajin, jadilah seorang anak yang beriman dan baik, ingat jasa dan sayangilah Mak dan Bapa Eiffa Mazdianna. Semoga sukses dalam apa juga perkara yang Eiffa Mazdianna lakukan.

Hadiah ?

Nanti uncle fikirkan ya. Hadiah yang bagaimana Eiffa Mazdianna mahukan itu ?

InsyaALLAH jika ada rezeki, uncle belikan ek.


JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !