counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Rabu, 11 Julai 2012

Perjalananku Ke Brunei Darussalam. (Bahagian III)

Selamat Datang Ke Limbang, Sarawak. Itulah papan tanda ucapan ringkas Daerah Limbang menyambut ketibaan kami apabila kenderaan kami mendarat selepas menyeberangi Sungai Limbang dengan menaiki perkhidmatan feri. Bagi orang luar seperti kami, pemandangan dan suasana merentasi sempadan antara 2 negara serumpun memang cukup mengujakan. Sebenar masuk, seketika di luar negara dan sekejap lagi kembali ke negara. Cukup melucu dan sangat -sangat mengujakan.


Henti seketika untuk merakam kenangan yang tak mungkin kembali dalam hidupku lagi.
Welcome to Limbang District of Sarawak.


Sewaktu mengambil gambar kenangan ini, jam sudah menunjukkan pukul 4.15 petang. Kami meneruskan perjalanan dan tidak sampai 5 minit perjalanan ini, kami tiba di Pos Kawalan Imigresen Pandaruan, Limbang, Sarawak. Menerusi pencarian melalui penceritaan perjalanan rakan blogger ke Brunei Darus Salam sebelum ini, selepas sahaja keluar dari daerah Temburong Brunei dan memasuki sempadan daerah Limbang, terdapat rumah papan yang mana terletaknya pejaba Imigresen. Tetapi keadaan sudah berubah ketika kami melaluinya.  Ini kerana tersergam indah dan cantik kompleks Pos Kawalan Imigresen Pandaruan, Limbang, Sarawak ini. Setelah mendapatkan cop pemeriksaan imigresen dan kastam, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Limbang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dan jarak dalam 15 km.


Papan tanda menuju arah ke Bandar Limbang, Sarawak.

Tidak berapa lama kemudian, kami sampai ke Bandar Limbang. Waktu petang di Bandar Limbang memang cantik. Kami singgah di Tebingan Sungai Limbang untuk berehat seketika dan merakam kenangan. Jam pada ketika itu menunjukkan pukul 5.30pm.




Suasana dataran di Tebingan Lawas, Sarawak.



Bandar Limbang terletak betul-betul di tebingan Limbang.



Udang Gala Batang Limbang. Hasil dapatan makcik ini di Batang Limbang ini.
Sempat kami ambil kenangan.



Jeti kecil ditepi dataran tebingan Limbang ini.


Tertera Dataran Jubli Emas di tebingan Batang Lawas.

1,2,3 senyum..........



Seketika di Dataran Jubli Emas, Bandar Limbang, Sarawak.






Setelah berehat untuk merasai suasana di tebingan batang Limbang ini, kami mengambil keputusan untuk bermalam disebuah hotel di Bandar Limbang. Kami memilih untuk menginap di Hotel Continental, Limbang. Hotel ini boleh saya grade 4 bintang. Walaupun 4 bintang, tetapi harga untuk 1 malam adalah RM68. Saya dan kawan saya ingat, hotel yang 'boleh tahan cantik' ini mahal, sekali diberitahu RM68 ia sudah cukup murah. 

Setelah check in hotel, kami bertanya kakitangan hotel tersebut mengenai jalan untuk menuju ke Bandar Seri Bagawan, Brunei. Setelah diberitahu, kami merasakan semangat untuk ke Brunei itu kembali dan secara spontan mengambil keputusan untuk ke Bandar Seri Bagawan, Brunei setelah waktu asar. Setelah berehat sebenar dan mandi, kami ke blok bersebelahan hotel untuk menukar wang Malaysia (RM) kepada wang Brunei ($). Walaupun sebutan rasmi wang Brunei adalah Dollar Brunei, tapi masyarakat setempat di Brunei memanggilnya Ringgit. Ketika kami berada di Limbang ketika itu, kadar tukaran wang Malaysia kepada Brunei adalah lebih sekali ganda. Sebagai contoh, RM1 bersamaan B$0.41. Kami telah tentukan, bajet untuk ke Bandar Seri Badawan pada malam ini adalah dalam RM300 atau B$123.

Setelah urusan tukar wang selesai, kami mencari restoran untuk menjama seidkit makanan, malangnya, selepas pukul 6 petang, hampir semua restoran di bandar Limbang tutup dan hanya KFC sahaja yang buka. Maka itu, tiada pilihan untuk makan, KFC lah jawapannya. Kami memulakan perjalanan ke BSB. Jam pada ketika kitu menunjukkan lebih kurang 6.30pm, waktu separa gelap, senja. Waktu hampir gelap tidak menghalang kami untuk meneruskan perjalanan ke BSB. Pastikan pemanduan anda merujuk kepada papan tanda arah yang terdapat ditepi jalan. Perjalanan ini dijangka dalam masa 40 minit.

Suatu pengalamam yang ingin saya kongsikan bersama kalian. Pada 20 minit pertama perjalanan kami, kami menemui banyak kenderaan plat number pendaftaran Brunei yang menuju ke Limbang, bertentangan arah dengan kenderaan kami yang menuju ke BSB. Masuk ke minit ke-30, kami tidak temui lagi kenderaan Brunei. Sepatutnya, jangkaan kami, kenderaan Brunei masih lagi kami temui akan tetapi tidak pada ketika ini. Sedangkan menurut kakitangan hotel dan peta/jangkaan masa yang kami bawa, kami hampir sudah sampai ke BSB. Kami sampai ke suatu jalan yang agak berlubang dan sunyi. Hanya terdapat beberapa buah rumah dan kenderaan. Kami merasa sangsi, curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perjalanan kami.

Jam menunjukkan pukul 7.20 petang, waktu sudah gelap gelita. Jalan tidak berlampu. Kami sampai berhenti di depan sebuah kedai runcit kecil, dan kami bertanya seorang wanita yang mana saya membahasakan dirinya sebagai Kakak dan seorang lelaki yang duduk dibangku pemandu van kecil yang kebetulan juga berada disitu. Pertanyaan yang terpacul dari mulut saya, "Bang, mahu tanya, adakah jalan yang kami lalui ini adalah jalan ke BSB...?". Agak terkejut kami, kakak dan abang itu memberitahu bahawa kami ni tersalah jalan. Menurut abang tu, memang selalu orang luar tersesat sehingga ke kampung ni. Menurut abang tu lagi, kami sudah tersalah jalan dan jarak tersasar hampir 15 km/15 minit perjalanan. Agak cuak dan takut juga kerana keadaan jalan dan suasana laluan yang kami tersasar itu agak sunyi, ditambah lagi kami tidak tahu jalan keluar melainkan papan tanda tepi jalan untuk rujukan.

Inilah akibatnya jikalau tidak betul-betul memerhati dan melihat papan tanda arah laluan. Mungkin tidak "hundred percent" harus dipersalahkan kepada kami hanya kerana kelalaian kami tetapi keadaan jalan yang gelap sehingga menyukarkan papan tanda arah itu kelihatan juga faktor kami tersesat lalu ke jalan lain.

Dipendekkan cerita, kami meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai di Pos Kawalan Imigresen (CIQ) Tedungan, Sarawak. Sebelum masuk ke kompleks CIQ Tedungan ini, kami singgah sdi ebuah mini market untuk membeli sedikit makanan ringan. Setelah itu kami masuk kompleks CIQ dan beratur bersama kenderaan lain untuk mendapatkan cop passport imigresen. Selepas itu, kami dengan rasminya keluar Malaysia dan tidak sampai 2 minit, kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas atau dalam bahasa pasarnya, "Jammed" kerana begitu banyak kenderaan masuk ke Brunei. Hampir 1 jam kami di sekitar Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, Brunei ini kerana kesesakan itu. Mungkin ini rutin harian dan sudah menjadi kebiasaan barangkali, kenderaan yang masuk ke Brunei begitu banyak. Akhirnya selepas melalui Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah ini dan cop pada passport pun sudah diperolehi, maka sampai juga akhirnya kami ke Bandar Seri Bagawan (BSB). Jarak daripada Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah ke BSB adalah lebih kurang 46 km atau 46 minit perjalanan untuk sampai. 

Jam menunjukkan pukul 9.00pm, tersasar lebih kurang 2 jam lebih. Pengalaman berjalan-jalan, berpusing-pusing di BSB pada waktu malam dan ditambah lagi kami yang "buta" arah dan laluan. Pusing-pusing pada waktu malam di BSB cukup mengujakan. Istana Nurul Iman tepi jalan utama yang kami lalui, terang-menerang bagaikan syurga di dunia. Masjid-masjid utama di BSB juga di terangi dengan cahaya indah membuatkan kami merasakan sungguh tidak percaya, itulah Bandar Seri Bagawan.

Tidak lama kami di BSB kerana kami hanya mahu merasakan suasana dan keadaan BSB pada waktu malam. Tidak sesen pun kami belanja walaupun wang telah kami tukar sebelum itu. Lebih kurang sejam lebih kami di BSB, kami balik ke Limbang untuk berehat. Seperti biasa, melalui sempadan, kami kena melalui 2 pos kawalan imigresen, keluar Brunei dan Masuk Malaysia. Selepas sahaja melalui kedua-dua pos kawalan yang mana kami berada di Malaysia, kami singgah di mini market yang sama sebelum kami masuk ke Brunei tadi untuk membeli apa yang patut untuk mengisi perut. Jagung rebus manis jadi bahan mengisi perut beserta air minuman tin. Sedap juga makan jagung rebus manis panas-panas semasa dalam perjalanan balik ke hotel di Bandar Limbang.


Ini adalah papan tanda untuk ke Bandar Limbang Dari Bandar Seri Bagawan, Brunei.

Daripada papan tanda itu, kami tersesat pada awal perjalanan kami dari Bandar Limbang tadi ke laluan Ng Medamit, Makasing, Ukong Dan Tanjong, sedangkan kami sepatutnya masuk ke simpang kanan (ke BSB) dan bukan ke Ng. Medamit

Hati-hati dan berwaspada selalu. Pengalaman tersesat jalan ini boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua. 

Sampai hotel, tempat dimana kami rehat. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Masa untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan untuk kembali ke BSB pagi esoknya. Selepas ini, kami hanya akan berkongsi foto dan gambar kenangan kami di BSB.


Bersambung ke Bahagian Ke-4



Tiada ulasan:

JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !