(P/s: Dilayan ba lagu melayu klasik)
Khamis, 3 Mei 2012
Majlis Perkhawinan Adiku, Hazirin Harun dan pasangannya, Marsha Maisarah Rattanam
(P/s: Dilayan ba lagu melayu klasik)
Rabu, 22 Februari 2012
Munculnya Kenangan Dalam Mimpiku
Tidak cukup dengan itu, pada masa bangun itu, aku cuba bandingkan lingkaran ubat nyamuk jenama "ridset" yang kebiasaannya aku guna dengan lingkaran ubat nyamuk jenama "shieldtox". Sebenarnya, secara tidak langsung, penggunaan ubat nyamuk ini juga boleh menyeyakkan serta menyedapkan lagi tidur secara tidak langsung. Untuk itu, aku beri kredit lebih kepada shiledtox kerana masa penggunaannya lama dan memberi kesan kepada gangguan nyamuk.
Selasa, 21 Februari 2012
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran
Hadiah ?
Selasa, 31 Januari 2012
Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-29 Tahun.
Isnin, 30 Januari 2012
KECEWA, MERAJUK, MARAH, GEMBIRA, SUKA, SEDIH DAN ............
Ketika umurku menjangkau 29 tahun sedikit detik lagi, aku diuji dengan perasaan rajuk, kecewa dan sedih. Biasalah, orang tengah panas bercinta-cintun gitu. Ia adalah normal bagi mereka yang melayari bahtera cinta. Mungkin ujian ini bagus untuk mengajar kita erti kesabaran. Walaupun kita semua tahu, kesabaran itu punya hadnya sendiri. Itu sudah sedia maklum. Ketika bercinta, semua perasaan bercampur aduk. Marah tapi sayang, benci tapi rindu, kecewa tapi cinta. Itulah gambaran gabungan perasaan ketika bercinta yang mana, bercinta itu adalah HIPOKRIT seperti yang digambarkan oleh sekelompok manusia yang tidak percaya kepada cinta.
Khamis, 19 Januari 2012
AJAL ITU DEKAT DENGAN KITA
Dalam firman ALLAH S.W.T, dalam surah Ali Imran : Ayat 185.
Rabu, 11 Januari 2012
MEMILIH UNTUK MENERUSKAN ATAU MEMILIH UNTUK MENGUNDURKAN DIRI.
Ya. banyak perkara yang kita harus fikir dalam rencah kehidupan ini. Contohnya perhubungan cinta. Aku ambil contoh cerita seorang kawan bernama Rosmawati (bukan nama sebenar). Aku biasa panggil dia dengan nama Wati. Wati bertugas di sebuah syarikat milik kerajaan di daerah Lahad Datu. Aku telahpun minta kebenaran lisan daripada dia untuk menceritakan halnya kepada umum melalui blog ini. Wati yang telah berkahwin ini, terperangkap dalam perhubungan cinta dengan seorang lelaki yang lebih berumur daripada dia, tetapi masih bujang. Kasih dan percintaan si Wati kepada lelaki ini sebenarnya sudah lama sejak di zaman universiti mereka lagi. Lelaki ini menjadi senior kepada si Wati, yang junior pada masa itu. Perkahwinan Wati pada hakikatnya adalah kerana paksaan keluarga. Perkahwinan dia tidak indah seperti yang diharapkan oleh keluarganya. Jalinan kasih dan percintaan lelaki itu dengan si Wati ini cukup indah tetapi tidak halal. Walaupun percintaan dia dengan lelaki ini suci tetapi, ianya tetap tidak halal, tetapi bukan haram. Lelaki ini tidak boleh mengahwini Wati kerana Wati sudah mempunyai suami yang sah. Cukup suci cinta mereka sehingga puluhan tahun, si lelaki tetap juga menunggu Wati. Haruskah lelaki itu menunggu..? sedang umur sudah umurnya lanjut. Cinta mereka tidak pernah disulami dengan perkara-perkara ditegah dalam agama. Mungkin kerana itu, indahnya cinta mereka hinggakan si lelaki sanggup menunggu wanita itu sehingga ke akhirnya.
Wati bertanyakan pada aku, apa yang harus dibuat ? lalu aku menjawab, "mudah saja, minta lelaki itu lupakan engkau dan engkau elakkan berhubungan dengan dia, walau apa cara sekalipun". Wati, kawan aku diam sebentar. Katanya dia sayang kepada lelaki itu. Dia juga sayang kepada suaminya. Lalu aku menjawab, "sudah terang lagi bersuluh, sudah jelas lagi dilampu..", "engkau tidak akan mengahwininya, selagi engkau tidak diceraikan.". Sahabat-sahabat alam maya, cerita ini bukannya palsu atau tipu atau rekayasa semata-mata. Ianya adalam filem dunia ciptaan ALLAH yang dipermain dan dilakonkan oleh manusia iaitu kita sendiri. Situasi seperti cerita kawan aku itu sudah cukup jelas. Wati tidak dapat menyelesaikan masalahnya yang sangat mudah. Itulah yang dinamakan cinta. Cinta yang membutakan manusia. Cinta ciptaan ALLAH s.w.t itu suci. Malangkan cerita cinta itu disukarkan oleh manusia pembawa cerita itu. Aku bukanlah pakar rujukan mana-mana siswa-siswi mahupun media dan para wali. Aku sekadar berkongsi apa yang terpancar dibenak otakku. Dalam soal yang sudah cukup jelas ini, kita tidak perlu menyulitkan keadaan ataupun memusingkan kata-kata bagi menyedapkan situasi atau keadaan. Ya Allah berikanlah petunjuk kepada aku dan mereka ini. Semoga dipermudahkan kepada kami samada untu MEMILIH UNTUK MENERUSKAN ATAU MEMILIH UNTUK MENGUNDURKAN DIRI.
Selasa, 10 Januari 2012
DULU DAN SEKARANG..
Isnin, 9 Januari 2012
Selamat Tahun Baru 2012
Rabu, 24 Ogos 2011
AKIBAT BERMAIN MERCUN

Wallahualam...
Selasa, 23 Ogos 2011
Tersentak Hatiku
Isnin, 22 Ogos 2011
Tersentuh Hatiku.
"Meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadamu, namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu...."
Rabu, 1 Jun 2011
Jumaat, 4 Februari 2011
Gong Xi Fa Cai

Khamis, 3 Februari 2011
Usia Semakin Meningkat, Umur semakin berkurang.
Rabu, 2 Februari 2011
Selamat Tahun Baru 2011
Sabtu, 14 Ogos 2010
Sikap memanaskan enjin kereta : Adakah ia wajar..??
Selasa, 10 Ogos 2010
Kelmarin
Setelah diberi tahu melalui memo, aku pergilah ke kelas yang dimaksudkan… kelas 1B. HIhihihi… Best kelas ni. Disinilah bermulanya kenangan lalu. Cikgu Fung… atau sekarang dikenali, Cikgu Shazwansah, guru kelas kami. Kawanku semasa sekolah rendah, Fandy Wahyudi berjumpa kembali dikelas yang sama. Yesss…. Ada kuncuku.. hihihi…..
Kalau nak kongsi kenangan dulu2 ni, memang takkan abis…. Cuma, aku nak memohon kepada Allah, agar aku dapat dipertemukan dengan kawan2 dulu. Walaupun FB telah membuka ruang kita untuk bertemu, tapi bila la, agaknya….kita dapat berjumpa dan bersama lagi. Ingin dikongsi bersama juga la, aku dan kawan aku, pernah memberi surat yang diselaputi bedak wangi…perggghhhhh, konon2nya, na memikat gadis itu. Gadis itu, sudah pun berumahtangga. Yang kami ni masih lagi single…… hahahaha. Zaman mengurat, cinta monyet disini la tempatnya.
Masuk ke Tingkatan 2, maju setapak, dengan cuba memperluaskan “cawangan” di sm st Ursula… Tapi malang, surat yang ku beri kepada gadis itu, dib alas dengan surat “reject”. Hati ku pedih….(pada waktu itu la…) tapi sekarang kelakar pula…….geli hati. Surat biodata dan surat “reject” itu, aku masih simpan.. Sebagai kenangan untuk tatapan cucu-cicit aku, agar dapat mengajar during bagaimana menjadi lelaki yang gentlemen, yang mungkin tak akan maca atuk nya yangmenulis surat cinta dan dibalas dengan rejection.
Semasa di tingkatan 2 juga la, aku rasa best. Kena kan kawan aku dengan seorang junior, akhirnya menjadi cinta, setelah dua2nya malu2. Akhirnya….. tapi cinta monyet during setakat di sekolah. Asby dan Clary. Mana sudah kamu dua…..???? rindu pula sama kamu. Kalau la dapat jumpa kamu 2, aku kasi gandingkan kamu lagi tu.
Nak kongsi cerita tapi…….. tahu la. Masa sudah mencemburui
Nanti sambung lagi la… huhuhu… kalau diingat2 balik. Kelakar juga… tahu la, zaman budak2 mentah.
Bah…. Jumpa lagi…. Di episod akan dtg……
Salam……







