counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Khamis, 3 Mei 2012

Majlis Perkhawinan Adiku, Hazirin Harun dan pasangannya, Marsha Maisarah Rattanam

Assalamualaikum dan salam persahabatan di alam maya. Hampir 2 bulan aku tidak menjenguk blog peribadiku ini dan aku juga hampir terlupa akan kewujudannya dalam kehidupan seharianku. Apapun yang berlaku, aku akan sentiasa untuk bersama-sama dengan kalian dan berkongsi perjalanan hidupku selagi nyawaku dikandung badan.

Benarlah kata pepatah melayu, kalau sudah jodoh ia takkan kemana, begitulah perumpamaan yang sesuai ditujukan kepada adikku, Hazirin Harun dan pasangannya Marsha Maisarah. Perumpamaan lain yang boleh diandaikan, asam di darat, garam di laut, bertemu dikuali juga. Siapa sangka dan siapa duga kedua-duanya juga tidak menduga bahawa mereka akan hidup bersama. Apa tidaknya, adikku yang datang dari Tawau, Sabah dan bertugas di Kuching, Sarawak dengan jarak yang begitu jauh bertemu jodoh disana. Itulah yang dikatakan jodoh.

31hb Mac 2012 bersamaan 08 Jamadilawal 1433 merupakan tarikh indah mereka kerana pada hari itulah hubungan cinta mereka sah dizahirkan dengan sekali lafaz yang disempurnakan oleh Kadi bahagian, Tuan Haji Imam Losman Linjal. Majlis akad nikah dan majlis persandingan mereka diadakan di rumah ibu-bapa kami di Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau, Sabah. Syukurlah majlis perkahwinan mereka berdua ini selamat dan berjalan lancar ditambah dengan kehadiran keluarga pihak perempuan yang datang dari Sarawak, Mr Rattanam (Bapa), ibu dan adik-adiknya serta rakan karib dari KL. Tidak sangka pula, adik aku ni lebih cepat bertemu jodohnya daripada aku. Sudah ditakdirkan ilahi.

Majlis ini tidak sempurna tanpa bantuan keluarga terdekat yang banyak membantu. Terima kasih aku ucapkan kepada pakcik aku, Abd Rahim Salleh dan makcik Mai, pakcik Abd Khamis dan isteri, pakcik Ridin@Kenit dan makcik Nita serta anak-anaknya, makcik Paping dan suami,  Makcik Masna yang datang dari KK, sepupu-sepupu yang lain dan  nama mereka-mereka yang tidak dapat aku sebutkan sebab terlalu ramai, terima kasih aku ucapkan. 

Macam tidak sempurna perkongsian cerita ini tanpa ada gambar-gambar majlis perkahwinan adik aku ni. Secara eksklusif aku kongsi bersama kalian. Ia hanyalah tatapan dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk.

Gambar pada 30hb Mac 2012 - Malam kenduri doa selamat dan malam berinai

Keluarga bakal pengantin perempuan dan keluarga bakal pengantin lelaki. Ketika ini mereka sedang menonton persembahan live tranditional band dengan zapin melayu dan lagu-lagu melayu klasik.

Setelah penat memasak dan menyediakan kelengkapan untuk majlis kenduri dan majlis perkahwinan, masing-masing merelease kepenatan itu dengan menari dan menghiburkan hati. 

(P/s: Dilayan ba lagu melayu klasik) 

Kedua mempelai sempat merakam kenangan  pada malam itu.

(P/s: belum sah lagi, jangan sentuh2 ya..)




Makcik-makcik muda dalam gambar ni bukan main lagi ya, yang dari kiri sampai ke kanan no.4 tu bila lagi ? 

(P/s: Janganlah sampai umur aku baru nak cari bf. Carilah sekarang ya. Cari yang kaya, kaya budi bahasa dan sopan santun ya)



Bakal penganti lelaki (berbaju hitam) sempat merakam gambar bersama Latok kesayangannya, Tuan Haji Sunding Jalile.

(P/s: Hampir sama rupa mereka )
Bukan main lagi bakal besan bersama ni (berbaju biru melayu dan berbaju merun). Sentiasa duduk bersama.

(P/s: Geng keras..)






Gambar pada pagi 31hb April 2012 (Sabtu) - Majlis Akad Nikah dan Majlis Persandingan

Tepat pukul 9 pagi, rombongan bakal pengantin tiba dilokasi majlis akad nikah.

(P/s: Rombongan cik kiah barangkali..)



Bakal pengantin lelaki, segak turun dari Mercedes Benz. Dengan berbaju melayu putih bersongket dengan sulaman keemasan serta berkaca mata hitam, umpama pahlawan tidong. Ah..tidong ka? apa2lah.

(P/s : Lain juga rupa pengantin ni)




Sebelum naik ke rumah bakal pengantin, selawat ke atas Nabi Muhammad dibaca oleh Tuan Haji Uddang Unang.

(P/s : Dub Dag Dub Dag...) 
Hantaran telah tersedia untuk dipersembahkan. Dengan tema merah-hitam, 9 dulang berbalas 11 dulang.

(P/s : berdulang-dulang duitnya)


Upacara penyerahan dan penerimaan hantaran oleh bapa kedua-dua bakal pengantin. 

(P/s: Take 1,2,3 senyum.....)



Hazirin Bin Harun, dengan kuasa yang dibagi kepada saya sebagai wali hakim, saya khawin dan nikahkan dikau dengan Marsha Maisarah Binti Rattanam, dengan mas kahwinnya, RM100 tunai.

(P/s : Tahniah. Ketepak ketepuk ketepak ketepuk. Selepas ini bakal pengantin bertukar kepada pengantin)


Setelah selamat diijab-kabulkan, pegantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM100.

(P/s: RM100 milik pengantin perempuan dan tidak boleh diberi kepada sesiapapun. Itu hak pengantin perempuan)


Ciuman kasih sayang seorang ibu. Ciuman perpisahan dengan si anak memulakan kehidupan baru dengan keluarga baru dengan kehidupannya sendiri selepas ini.

(P/s : Sedih juga ni. No komen..)
Ciuman kasih sayang daripada seorang pemimpin keluarga. Dengan pesanan teakhir beliau, Jaga rumahtangga tu dengan sebaiknya.

(P/s: Aisehmen...) 


Gambar kenangan keluarga pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan. Upacara wajib dalam perkahwinan islam telah sempurna.

(P/s: kirim salam baju kurung hitam paling hujung kanan. Nama gadis tu KONTOT (bukan nama sebenar))



Keluarga pengantin lelaki. Aku paling hensem disitu. hehehe...

(P/s : Dah agak, puji diri sendirilah tu)


Pakcik aku, Abdul Rahim Salleh dan Isteri menjadi pengamit dan membawa pengantin ke Pelamin SInggahsana.

(P/s: Sedondong hijau-kebiruan)

Upacara tepung tawar dan ciuman mertua kepada menantunya. Nasihat, jaga si jirin tu bagus-bagus.

(P/s: Pipi bertemu pipi)


Upacara tepung tawar keluarga pengantin perempuan.

(P/s: Uncle first time tabur beras kuning kepada pengantin ni kan..?)

Turut menyerikan majlis ini dengan kehadiran Ketua Daerah Tawau, OKK Tuan Haji Kee Ayub Kee Abu Bakar.

(P/s: Selamat menjamu selera Tn Haji)
Juga turut menyerikan lagi Majlis ini adalah dengan kehadiaran Mantan Adun N.59 Tanjung Batu, Y.Bhg Datuk Muhd Kamil DSP Kassim dan Datin.

(P/s: Y.Bhg Datuk masih segak lagi)
Walaupun sibuk dengan program bersama rakyat di DUN Tg Batu, YB Datuk Hajjah Hamisah Samad (berbaju kurung coklat) sempat meluangkan masa menghadiri majlis ini. Ribuan terima kasih kepada YB Datuk. Turut bersama beliau adalah AJK Wanita UMNO Bahagian Kalabakan, Puan Hajjah Zainab Syed Ali. (P/s: Terima kasih YB..)


Hadirin yang menyerikan majlis pada malam hari.

(P/s: Terima kasih hadirin sekalian)


Kedua-dua mempelai menyumbangkan sebuah lagu duet.

(P/s: Tak sabar-sabar ba..)



Rabu, 22 Februari 2012

Munculnya Kenangan Dalam Mimpiku

Sedang aku rasa lena dan tanpa disedari, bunyi "alarm" handphone ku berbunyi. Bunyi itu menyebabkanku terbangun seawal pukul 4 pagi lebih. Mungkin disebabkan banyak minum air kosong pada malam sebelumnya, aku rasa lemas dan berat untuk bangun. Aku mengkategorikan tahap tidurku semalam adalah tidur yang lena dan cukup menyedapkan.

Tidak cukup dengan itu, pada masa bangun itu, aku cuba bandingkan lingkaran ubat nyamuk jenama "ridset" yang kebiasaannya aku guna dengan lingkaran ubat nyamuk jenama "shieldtox". Sebenarnya, secara tidak langsung, penggunaan ubat nyamuk ini juga boleh menyeyakkan serta menyedapkan lagi tidur secara tidak langsung. Untuk itu, aku beri kredit lebih kepada shiledtox kerana masa penggunaannya lama dan memberi kesan kepada gangguan nyamuk.

Sambil mataku tertutup dan separuh terbuka, aku berkhayal sebenar diatas tikar lembut yang ku panggil tilam nipis. Sedap juga tidur ditilam lembut yang mak aku belikan dari Sarawak. Khayalan ku diatas tilam nipis tu boleh tahan lama juga. Sambil mengingatkan apa, siapa dan dimana tempatnya muncul dalam mimpi malam sebelum aku bangun itu. Oh, rupanya aku bermimpi. Siapa diantara kita yang tidak mahu kembali ke zaman remaja dan zaman kenakalan dulu. Itulah zaman kita belajar banyak perkara dari dalam rumah sehinggalah ke luar rumah. 

Antara nama-nama yang aku dapat kenalpasti yang hadir dalam mimpiku malam semalam adalah...erm... tidak perlulah aku sebutkan, sebab terlalu ramai. Yang pasti mimpi itu menjadi kenangan yang mungkin tidak akan kembali selapas ini. Walaupun hanya hadir ketika mimpiku, ia cukup membolehkan aku mengingati kawan-kawan lamaku. Yalah, apa tidaknya, sudah lama tidak jumpa. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Hehe..

Kita tidak nafikan, mimpi adalah mainan tidur. Dalam islam, mimpi adalah paparan atau gambaran yang dicipta dan dipersembahkan oleh ALLAH s.w.t kepada manusia didalam tidur mereka. Kita semua perlu tahu, mimpi ini berlaku mungkin kerana beberapa sebab. Antaranya, disebabkan sesuatu perkara yang telah dilakukan oleh kita sebelum tidur dan terbawa-bawa ke dalam tidur, atau perkara itu berlaku pada masa akan datang. Hanya ALLAH s.w.t saja mengetahuinya. Biasalah mimpi yang mendahului realiti dan kejadian sebenar  ini adalah peringatan yang diberikan oleh ALLAH s.w.t kepada umatnya. Lain daripada itu, ada juga mimpi yang boleh mendatangkan ketakutan dan mimpi yang mendatangkan kesedihan. Mimpi ini biasanya dibawa oleh syaitan laknatullah. 

Cukuplah cerita pasal mimpi, nanti aku pula yang termimpi-mimpi cerita mimpi ini. dan cukup jugalah perkongsian kita mengenai mimpi. Oh ya.. cerita pasal mimpi aku semalam itu memang benar, aku dan kawan-kawan ku telah mengadakan "reunion" dalam mimpi ku semalam. Semoga ianya menjadi kenangan manis dan tersimpan dalam ingatan selalu.

Wassalam

Selasa, 21 Februari 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran

Uncle Hasidy Harun dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-13 TAHUN


Doa uncle Hasidy Harun agar Eiffa Mazdianna belajar rajin-rajin, jadilah seorang anak yang beriman dan baik, ingat jasa dan sayangilah Mak dan Bapa Eiffa Mazdianna. Semoga sukses dalam apa juga perkara yang Eiffa Mazdianna lakukan.

Hadiah ?

Nanti uncle fikirkan ya. Hadiah yang bagaimana Eiffa Mazdianna mahukan itu ?

InsyaALLAH jika ada rezeki, uncle belikan ek.


Selasa, 31 Januari 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-29 Tahun.

Ucapan untuk diri sendiri :


Semoga menjadi insan dan manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bersihkan hati daripada keburukan dan kejahatan. Banyak bersabar. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Semoga sukses untuk mencapai cita-cita dan cinta.  

(P/s Nie la akibatnya, jika tiada kekasih. Ucapanpun ditujukan kepada diri sendiri. hehehehe..... Nasiblah !!)

Isnin, 30 Januari 2012

KECEWA, MERAJUK, MARAH, GEMBIRA, SUKA, SEDIH DAN ............

Assalamualaikum dan Salam Persahabatan. Apa khabar sahabat-sahabat mayaku ? Ku doakan kalian semua sihat selalu. Sedang aku menulis blog ini, haluan telingaku dihiburkan dengan lagu nyanyian Headwind. Rockers 80an terkenal dengan lagu "Segalanya Mungkin". Fuhhh... layan abis lagu ni. Teringat zaman remaje dulu-dulu. Heheh... layan jiwang sekali la, tak salah bukan ?

Untuk sekian kalinya, aku membicarakan hal yang berkaitan perasaan. Diharapkan rakan pembaca menilainya daripada sudut yang positif dan bukannya menilai daripada sudut yang kontra daripada matlamat asal penulisan aku berkaitan tajuk ini.

Ketika umurku menjangkau 29 tahun sedikit detik lagi, aku diuji dengan perasaan rajuk, kecewa dan sedih. Biasalah, orang tengah panas bercinta-cintun gitu. Ia adalah normal bagi mereka yang melayari bahtera cinta. Mungkin ujian ini bagus untuk mengajar kita erti kesabaran. Walaupun kita semua tahu, kesabaran itu punya hadnya sendiri. Itu sudah sedia maklum. Ketika bercinta, semua perasaan bercampur aduk. Marah tapi sayang, benci tapi rindu, kecewa tapi cinta. Itulah gambaran gabungan perasaan ketika bercinta yang mana, bercinta itu adalah HIPOKRIT seperti yang digambarkan oleh sekelompok manusia yang tidak percaya kepada cinta.

Aku tidak menujukan cerita peribadiku ini kepada sesiapa, tetapi sekadar melepaskan "kandungan" perasaanku ini kepada dunia maya. Mungkin ia tidak molek tetapi dunia sedia membaca dan tekanan yang aku alami kurang sedikit. Seperti lirik sebuah lagu nyanyian Bondan Prakaso "Cause Everything Its Gonna Be Okey" dan Ku kan selalu ada untukmu tetapi kau tidak selalu ada untukku. Aku suka lirik lagu dan perkataan itu. Terima kasih lagu ini yang menghiburkan hati di akhir umurku 28 tahun. Selamat tinggal 28 tahun dan selamatdatang 29 tahun. Ku mengharapkan yang baik dan lancar ditahun ini. Semoga cita-citaku untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik daripada sebelumnya tercapai. 



Catatan terakhir 28 tahun, Hasidy Harun 
(konon-kononnyalah...)

Khamis, 19 Januari 2012

AJAL ITU DEKAT DENGAN KITA

Salam kesejateraan untuk semua.


Dalam firman ALLAH S.W.T, dalam surah Ali Imran : Ayat 185. 


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.  Barangsiapa dijauhkan dari mereka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang diperdayakan"





Sesungguhnya firman ALLAH itu jelas, akan kematian selepas kehidupan. Bagi aku, aku belum bersedia untuk mati. Tetapi jika ajalku sudah sampai, aku terima saja, kerana aku sudah diperingatkan tentang kematian dan ketibaannya. Mati pada hakikatnya bukanlah untuk ditangisi, tetapi ianya adalah untuk diratapi dan sebagai ingatan kepada yang hidup. Biarlah aku mengharapkan kematian aku nanti kematian yang disulami dengan keimanan. Dan biarlah doa anak, doa muridku dan amalanku bawa bersama kelak. Sesungguhnya aku minta menjauhi api neraka jahanam. Doa untuk kita bersama. Amin. (U/p: Kita digalakan sentiasa mengingati mati)

Rabu, 11 Januari 2012

MEMILIH UNTUK MENERUSKAN ATAU MEMILIH UNTUK MENGUNDURKAN DIRI.

Assalamualaikum dan selamat malam. Semoga sahabat-sahabat alam maya sihat walafiat dan sentiasa diberkati hendaknya. Aku juga sihat seperti kalian.

Hidup didunia ciptaan ALLAH S.w.t ini indah belaka. Ia umpama filem atau wayang yang sudah tertulis skrip dan jalan ceritanya. Manusia adalah pelakonnya dan kehidupan ini adalah jalan cerita. Jalan cerita kehidupan setiap pelakon (manusia) itu hampir sama. Situasi yang hampir sama, cuma keadaan yang berbeza. Ya.. kita sebagai pelakon filem atau wayang ciptaan ALLAH ini pasti merasainya. Memilih suatu keadaan samada untuk meneruskan jalan cerita atau mengundurkan diri untuk meniti jalan cerita lain.

Ketika ini, kita akan berada disituasi sukar. Semasa membuat pertimbangan sewajarnya, kita seharusnya berhati-hati agar kita tidak tersalah pilih untuk memilih keadaan itu. Penelitian kajian, pandangan, nasihat, maklumat pro dan kontra dan seterusnya proses membuat keputusan. Ya..aku bukanlah pandai dalam bab-bab begini. Cumanya situasinya amat jelas dan terang, sudah terang lagi bersuluh. Haruskah kita membuat keputusan, sebelum memperolehi penelitian seperti yang disebutkan tadi ? tentunya tidak bukan.

Ya. banyak perkara yang kita harus fikir dalam rencah kehidupan ini. Contohnya perhubungan cinta. Aku ambil contoh cerita seorang kawan bernama Rosmawati (bukan nama sebenar). Aku biasa panggil dia dengan nama Wati. Wati bertugas di sebuah syarikat milik kerajaan di daerah Lahad Datu. Aku telahpun minta kebenaran lisan daripada dia untuk menceritakan halnya kepada umum melalui blog ini. Wati yang telah berkahwin ini, terperangkap dalam perhubungan cinta dengan seorang lelaki yang lebih berumur daripada dia, tetapi masih bujang. Kasih dan percintaan si Wati kepada lelaki ini sebenarnya sudah lama sejak di zaman universiti mereka lagi. Lelaki ini menjadi senior kepada si Wati, yang junior pada masa itu. Perkahwinan Wati pada hakikatnya adalah kerana paksaan keluarga. Perkahwinan dia tidak indah seperti yang diharapkan oleh keluarganya. Jalinan kasih dan percintaan lelaki itu dengan si Wati ini cukup indah tetapi tidak halal. Walaupun percintaan dia dengan lelaki ini suci tetapi, ianya tetap tidak halal, tetapi bukan haram. Lelaki ini tidak boleh mengahwini Wati kerana Wati sudah mempunyai suami yang sah. Cukup suci cinta mereka sehingga puluhan tahun, si lelaki tetap juga menunggu Wati. 


Haruskah lelaki itu menunggu..? sedang umur sudah umurnya lanjut. Cinta mereka tidak pernah disulami dengan perkara-perkara ditegah dalam agama. Mungkin kerana itu, indahnya cinta mereka hinggakan si lelaki sanggup menunggu wanita itu sehingga ke akhirnya. 


Wati bertanyakan pada aku, apa yang harus dibuat ? lalu aku menjawab, "mudah saja, minta lelaki itu lupakan engkau dan engkau elakkan berhubungan dengan dia, walau apa cara sekalipun". Wati, kawan aku diam sebentar. Katanya dia sayang kepada lelaki itu. Dia juga sayang kepada suaminya. Lalu aku menjawab, "sudah terang lagi bersuluh, sudah jelas lagi dilampu..", "engkau tidak akan mengahwininya, selagi engkau tidak diceraikan.". 


Sahabat-sahabat alam maya, cerita ini bukannya palsu atau tipu atau rekayasa semata-mata. Ianya adalam filem dunia ciptaan ALLAH yang dipermain dan dilakonkan oleh manusia iaitu kita sendiri. Situasi seperti cerita kawan aku itu sudah cukup jelas. Wati tidak dapat menyelesaikan masalahnya yang sangat mudah. Itulah yang dinamakan cinta. Cinta yang membutakan manusia. Cinta ciptaan ALLAH s.w.t itu suci. Malangkan cerita cinta itu disukarkan oleh manusia pembawa cerita itu. Aku bukanlah pakar rujukan mana-mana siswa-siswi mahupun media dan para wali. Aku sekadar berkongsi apa yang terpancar dibenak otakku. Dalam soal yang sudah cukup jelas ini, kita tidak perlu menyulitkan keadaan ataupun memusingkan kata-kata bagi menyedapkan situasi atau keadaan. Ya Allah berikanlah petunjuk kepada aku dan mereka ini. Semoga dipermudahkan kepada kami samada untu MEMILIH UNTUK MENERUSKAN ATAU MEMILIH UNTUK MENGUNDURKAN DIRI. 



Cerita dikongsi bersama oleh Rosmawati, 24 tahun (bukan nama sebenar)

Selasa, 10 Januari 2012

DULU DAN SEKARANG..

Assalamualaikum dan selamat petang.
Buat permulaan dan tatapan rakan pembaca, aku ingin berkongsi foto ketika umurku, 10 tahun dan umurku hampir 30 tahun. Beza antara gambar ini adalah lebih kurang 20 tahun. Gambar pertama ini diambil ketika aku ke Kota Kinabalu buat pertama kalinya. Manakala gambar kedua, diambil ketika aku ke KK tidak berapa lama lalu.



Dulu - Tahun 1993




Sekarang - Tahun 2011

Untuk permulaannya, sebagai halwa untuk aku berkongsi cerita bersama rakan blogger. Terima kasih.

Isnin, 9 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Salam kenangan.
Apa khabar rakan-rakan pembaca blog yang tidak seberapa nak blog ini. Tahulah, jarang sekali akumenulis atau mengemaskini blog ini kerana kekangan waktu dan sibuk bertugas atau lebih senang sebut CARI MAKAN. Harap rakan-rakan pembaca semua sihat walaafiat.
Tahun 2012 telah menjangkau lebih kurang 10 hari. Aku mengambil masa dan ruang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masehi Tahun 2012. Semoga tahun ini membawa lebih kebaikan dan kurang kejahatan dan ketidakbaikan kepada kita. Secara peribadi, aku ini mengkategorikan tahun ini adalah tahun kenangan buat aku. Dan aku cuba untuk mengubah page dan design blog aku ini untuk mengimbau kenangan lalu bersama rakan seperjuangan sekolah dan mereka-mereka yang pernah hadir dalam keseronokan semasa di alam persekolahan.
Apapun, kenangan lalu kita tidak dapat rasainya kembali dan kita hanya boleh mengimbau dan berkongsi cerita itu bersama rakan-rakan yang masih bersama kita waktu ini.
Semoga rakan-rakan pembaca terus sukses bersama impian dan cita-cita bersama keluarga yang tercinta dan jadikanlah tahun ini adalah tahun kenangan kita bersama untuk selamanya. Semoag terus berjaya.


Rabu, 24 Ogos 2011

AKIBAT BERMAIN MERCUN


Assalamualaikum dan Selamat menjalani ibadah puasa.
Semoga rakan-rakan blogger dan rakan pembaca blog ini sentiasa dilimpahi rahmat dan sentiasa diberikan kesihatan dan bersyukur diberi kesempurnaan fizikal walaupun sifat kita tidak sempurna. Manusia memang begitu. Ingin berkongsi dengan rakan-rakan, akibat tidak bersyukur dengan anugerah fizikal yang sempurna oleh ALLAH s.w.t kepada umat-umatnya.



Inilah akibat daripada bermain mercun. Amat rugi apabila ALLAH s.w.t berikan kita fizikal yang sempurna dan cukup untuk meneruskan kehidupan ini tetapi ia dipersiakan. Sungguh dan amat malang sekali. Sekadar mengingati diri sendiri dan rakan-rakan.
Wallahualam...

Selasa, 23 Ogos 2011

Tersentak Hatiku

Assalamualaikum dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. :)
Semoga rakan-rakan semua sihat wal'afiat dan dikurniakan kekuatan dan kesabaran yang tinggi di bulan ramadhan ini. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sebuah video yang menyentapkan hati saya dan membuatkan saya sentiasa mengingati mati itu. Dan kesimpulannya, kita harus bersedia membawa amal semasa hidup ini. Wallahualam. Khas buat rakan-rakan ikhlas dari saya.


"Bila waktu telah terhenti, teman sejati adalah AMAL....."
"Bila waktu telah terhenti, teman sejati tinggallah SEPI....."

Isnin, 22 Ogos 2011

Tersentuh Hatiku.

Lagu ini ditujukan kepada semua kenalan alam maya (facebook, friendster dan tagged). Sekurang-kurangnya kita saling ingat mengingati. Sesungguhnya hargailah cinta seseorang, walaupun tidak dapat bersamanya, kita hormatilah dia yang pernah singgah dihati kita.

"Meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadamu, namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu...."


Rabu, 1 Jun 2011

Bukan selalu nama kita masuk BERITA MINGGU ni.


1). Isu minggu ini (29hb Mei 2011)

2). Ada pula namaku...


3). Lebih jelas lagi...

Aku, dia dan dunia.....


Inilah dia, "Main power"ku....

Jumaat, 4 Februari 2011

Gong Xi Fa Cai


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Dikesempatan ini, saya dengan ikhlas hati, mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA, Gong Xi Fa Chai Kepada semua kaum Tiong Hua (cina) di negara Malaysia ini khusunya kepada kawan-kawan saya, semoga tahun arnab ini membawa 1001 kejayaan untuk kita bersama. Bersama-samalah kita meraikan perayaan ini dengan harmoni tanpa prejudis antara satu dengan lain.


Selamat Tahun Baru Cina (Happy Chinese New Year)..
Sekian, Terima Kasih.
Hasidy Harun
04hb Februari 2011
10.20am

Khamis, 3 Februari 2011

Usia Semakin Meningkat, Umur semakin berkurang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, juga salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan keluarga dan kawan-kawan, saya masih ada disini. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa yang membaca blog ini. Diharap kita dapat berkongsi ilmu, informasi, maklumat dan "cerita-cerita kedai kopi" diruang blog, walaupun tidak kenal rupa, wajah dan berkongsi rasa.
3 hari yang lepas, bersamaan 31hb Januari 2011 hari Isnin, merupakan tarikh kelahiran saya yang ke-28 tahun. Walaupun usia meningkat naik, tetapi kita harus ingat, bahawa umur saya sebenar adalah "semakin berkurang". Ia bukanlah ayat simpulan bahasa, atau ayat perumpaan atau ayat tersirat. Tetapi, ianya adalah ayat kenyataan yang harus diterima oleh kita semua. Bukan untuk berceramah tetapi untuk memperingati diri ini dan kita bersama.
Dalam usia yang baru menjangkau 28 tahun, saya sudah cukup bersyukur dengan apa yang ada pada ketika ini dan kesyukuran itu dipamerkan melalui usaha yang berlipat kali ganda demi memenuhi tuntutan hidup dunia dan akhirat. Dengan sebiji kereta, bergaji tetap dan pelaburan yang saya ada pada ketika ini, bukanlah menjamin masa depan yang baik. Hutang yang ada, semakin meningkat, keperluan kebendaan juga semakin banyak dan banyak lagi "liabiliti" lain

Walaupun bukan suatu kemestian untuk menyambut hari kelahiran sesorang, saya tetap bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk hidup sehingga hari itu, hatta hari ini juga. Banyak lagi perkara yang kurang dan harus untuk saya lakukan, samaada untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Bagi memenuhi kekurangan dan keharusan itu, saya akan berazam untuk melalukan pembaharuan dalam kehidupan saya. Antara perubahan diusia yang baru meraikan 28 tahun ini adalah

- Meningkatkan amal ibadah, solat dan sedekah jariah
- Menigkatkan intergriti
- Meningkatkan keyakinan
- Meningkatkan keberanian
- Meningkatkan ilmu pengetahuan
- Meningkatkan kekayaan, budi bahasa, simpanan untuk masa depan dan sebagainya.
Bagi memenuhi keperluan diatas, saya punya pelan strategi dan konkrit tersendiri telah dibukukan (uiseh... macam betul pulak).
Masa pun mencemburui kita, walaupun tidak bernyawa tetapi ianya berharga. Solat perlu dilakukan dan ucapan terima kasih kerana dapat berkongsi cerita bersama kalian.
Sekian, dan terima kasih.
Hasidy Harun
03hb Februari 2011
06:13 petang.


Rabu, 2 Februari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum, dan salam sejahtera, kepada keluarga, rakan taulan, sahabat dan pengunjung blog ini.
Sudah lama saya tidak mengemaskini blog peribadi saya ini, disebabkan kekangan masa, tugas dan tanggungjawab. Tahun 2011 yang baru menjengah masuk dalam kehidupan setiap manusia di dunia ini pasti akan membawa suatu yang baru. Bermula dengan niat dan azam tahun baru, dan terus diusahakan untuk mencapainya.
Ditahun baru ini juga, saya memasang azam baru bagi memenuhi keinginan dan keperluan serta kepuasan diri ini sementara hidup masih ada. Walaubagaimanapun, setiap azam yang kita niatkan dalam hati itu, belum pasti akan tercapai sepenuhnya disebabkan perkara-perkara tertentu yang boleh menyulitkan pencapaian azam itu.
Sekadar untuk berkongsi cerita, tahun lalu, tahun 2010, banyak perkara yang berlaku kepada diri saya, samada perkara itu mengembirakan mahupun perkara itu memahitkan. Yang indah itu kita jadikan kenangan, yang pahit itu kita jadikan teladan dan sempadan untuk kita perbaiki dimasa akan datang. Biarlah perkara ataupun tragedi yang berlaku dimasa-masa lalu berlalu dengan aman dan damai tanpa menolehnya kembali.
Walaupun sudah lebih 1 bulan tahun baru 2011, tetapi masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011. Semoga kita maju jaya dan tercapai hasrat dan impian kita disamping keberkatan dari ALLAH S.W.T. Amin Ya Rabbal Alamin...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Sikap memanaskan enjin kereta : Adakah ia wajar..??

Salam semua aku nak berkongsi sedikit tentang memanaskan enjin kereta ni.
Mitos atau realiti sebenarnya. Haha.. lari jauh dari topik blog aku. Tapi aku sekadar nak berkongsi dengan kamu ilmu yang sangat menarik jom la kita bincangkan. Upacara/amalan memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Aku syak makan masa dalam 15 minit juga. Abang-abang macam tu aku ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap aku, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di Sekolah Memandu pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana ? Berdasarkan pemerhatian aku dengan sedikit kajian, aktiviti pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk aku start panaskan enjin motor dia sebelum pergi ke kebunnya. Kemudian bapa aku pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk aku masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa aku pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Wira Teksi kegemarannya. Kemudian bila aku sudah besar, dah pakai kereta double cab, dua pintu, aku pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya aku tak buat sudah. Sebab aku ada ilmu pengetahuan sedikit tentang enjin. Tambah lagi biasanya aku bangun lambat.
Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan ? Apa kebaikannya dan apa keburukannya ? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni ? Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa akan datang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah dan dilarang langsung. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius.
Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%. Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya.
Kereta-kereta Malaysia pun aku tengok sudah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, kamu perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Kamu syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar ? Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang kamu perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang kamu perlu buat ? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling) ?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab durang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil cerita-cerita dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup. Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan kamu tidak bergerak. Kalau tunggu cewek turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit.
Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.Arikel ni aku dapat dari seorang forumer yang bernama tebbaloi.
Apapun, sama-sama kita berkongsi pengetahuan untuk kebaikkan dunia sejagat. Salam kemesraan dan persahabatan buat kalian semua..

JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !