counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Sabtu, 30 Januari 2010

Suka Duka Minggu ke-5 Di Tahun 2010.

Salam kepada semua.

Minggu ini, merupakan minggu terakhir di bulan Januari untuk tahun 2010. Perlu disedari dan perlu kita menyedari bahawa kebarangkalian bulan Januari ini adalah bulan Januari terakhir untuk kita merasainya adalah amat tinggi dan bila-bila sahaja kita boleh berada di alam lain yang belum tentu ada bulan januarinya. haha.. pelik bukan. Ingatlah, jadikanlah setiap perkara dan kejadian yang kita lalui bersama keluarga, sahabat-handai, rakan-rakan sekerja, kawan-kawan sekampung dan kenalan sebagai suatu kenangan yang cukup indah yang mungkin tidak akan berulang buat sekian lamanya.

Hari pertama berada di minggu ini, cukup memberi cabaran kepada hatiku yang penuh dengan kesabaran. Pergi kerja tanpa kenderaan. Fuh..!! begini agaknya rasa seorang yang bekerja tanpa kenderaan sendiri. Kawan yang aku bayar untuk menumpangnya bercuti tiba-tiba. Inilah cabaran untuk aku yang bekerja ditempat kerja yang jaraknya 45km dari tempat tinggal aku. Nasib baiklah bapa aku yang mungkin terpaksa membantu untuk menghantar aku ke tempat kerja. Terima kasih banyak-banyak bapaku. Dari sekolah sehinggalah aku bekerja, bapa aku tidak jemu-jemu menghantarku. Tidak apa, kalau ada rezeki lebih sikit, aku akan bawa bapa ke mana-mana dia mau nanti.. Bercerita pasal "transport" ni tidak berkesudahan di situ sahaja, balik ke rumah juga aku kena cari kereta untuk menghantar ku balik ke rumahku. Nasib baiklah rakan sekerja yang cantik lagi ayu, si Farahjifah namanya, punya kenderaan yang penumpangnya kurang seorang dan membolehkan dia menumpangkan aku. huhu. Sudahlah menumpang, diberikan "Special Seat" lagi. Bukan apa, dalam kereta tu, aku seorang sahaja lelaki, jadi, kenalah duduk di hadapan. Dalam perjalanan, seronok berborak dengan si Farah ni. Rugilah lelaki yang mengecewakan dia sebelum ni tau. Mungkin bukan jodoh Farah. apa bleh buatkan. Itu kenangan yang mungkin boleh dikatakan tidak menarik tetapi boleh dikongsi bersama. "moral of the story"nya pula, lu pikir la sendiri....

Hari kedua minggu yang terakhir ini, Selasa. "transport" bukan la jadi isu utama, kerana kawan aku ni dapat juga menghadirkan diri bertugas dan sekaligus dapat "mengangkut" kami ke tempat kerja bersama. Yang menjadi isu utama hari ini adalah urusan cutiku yang tertunggak beberapa hari tu. Bukan kerana aku, tetapi kerana kesibukan tugas aku dan pegawai yang menyokong cutiku. Tapi, semua ok juga pada hari itu, dengan urusan menjadi licin. Aku fikir, hari selasa bukan la hari yang mengembirakan melainkan ambik gaji di bank. hahah... selesaikan pembayaran ke atas mamaku, hutang dan beberapa pembayaran lain. Dapat gaji terus mau habis.. Macamana mau simpan duit untuk khawin dan simpana hari tua, kalau semua duit digunakan sepenuhnya. Erm, mungkin aku kena belajar berjimat dan belajar berkedekut dari mak aku, selepas ini.

Hari ketiga. Rabu.. "No comment about this day". Hari ni, hari ko-kurikulum untuk telah ditetapkan oleh kementerian pengajian tinggi dan kementerian pendidikan.
Melalui kehidupan hari rabu, seolah-olah kita di pertengahan masa. Fikiran kebanyakkan orang, salah satunya adalah cuti yang tidak lama lagi. hehe. Satu perkara yang membuatkan aku berfikir sepanjang minggu bermula hari rabu ini adalah pasal, surat panggilan menghadiri temduga. Fuh... dah dapat kerja di Gov, ada lagi dapat surat panggilan temuduga. Bikin pening aku lagi surat ni. adui na....

Hari Khamis. Hari keempat di minggu ke 5 ditahun 2010. Fuh.....Cuti lagi si kawan. Terpaksa menebal muka, meminjam kereta adik aku. haha. nasib baik dia kasi pinjam, kalau nda, terpaksa cari "option" lain. Iaitu si Farah.. haha.. Punkasi tebal muka juga tu. Tiada yang menarik hari ni melainkan makan, kerja, tidur dan Online Facebook. hahah..

Hari Jumaat, hari yang aku nantikan. Bukan apa, hari yang penuh barokah dan penghulu segala hari dan... dan... dan... banyak lagi keistimewaa hari jumaat ni. Petang ni, kawan baik aku si Norasyikin Abd Salleh akan sampai di Tawau ni. Sudah berjanji untuk menjemputnya di Airport. pada pukul 9.30mlm. Jangan salah faham, aku dengan dia, adalah kawan baik yang sudah berkawan sejak sekolah menengah lagi. Mungkin org akan anggap kami ni ada hubungan istimewa. Tidak. Tidak sama sekali. Sebagai seorang kawan, kita harus tolong menolong. Orang putih kata, "Give and Take".. huhu..
Sementara, sesambil dan sedang menunggu kapal terbangn syikin ni "landing", aku sempat me"round2" sekitar Airport Tawau, yang saya ingat berumur hampir 8 tahun. Bleh tahan juga airport ni. "Lawatan" mengelilingi Airport ni aku sertakan sekali melawat tandas. Kerana tandas tempat simpanan air sisa buangan manusia. Selepas itu, baru sahaja aku keluar tandas, terserempak pula dengan kawan lama juga, Hasrul Hasaat namanya. Dia ini bekerja dengan di Pejabat Ahli Parlimen kalabakan dan selaku pembantu peribadi Ahli Parlimen tersebut. Sempat lagilah, gosip2 sesama lelaki.
Beberapa minit kemudian, kapal terbang dari KL tiba, dan org yang aku tunggu sudah sampai, Wahhh.... lama nda jumpa sahabatku ni. Selepas itu, bawa dia makan malam dengan nasi goreng, tapi sebelum tu, sempat lagi membeli sayap ayam.. haha.. kenyang sakan malam ni.. Pada malam tu, aku terima hadiah istimewa sempena birthdayku dari sahabatku ni, hadiah tu, aku rahsiakanla ya, sebagai menghormatinya. Kek yang dibawanya dari KL, aku makan, sedap. memang sedap. walaupun tidak sejuk tapi memang sedap. Apatah lagi kalau sejuk, pasti nak lagi. Selepas tu, hantar dia balik rumah. Fuh... aku ingat mungkin malam semalam malam indah ko sebagai seorang sahabat. Pada malam tu juga, sempat juga aku berseloroh, dan bertanya pasal bila khwinnya, huhuhu.. jawapan "standard" dia bagi..iaitu, tunggu.... biasalah. Kalau aku ditanya soalan yang sama pun, aku jawap macam tu juga kali.... hehe...

Moral Of The story yang nak aku kongsi ni adalah ingatlah, jadikanlah masa bersama rakan-rakan anda dan sahabat-sahabat anda adalah masa paling istimewa dan diingati. Mungkin biasa bagi kita untuk meraikan sesuatu itu untuk rakan2 kita, tapi mungkin terlalu istimewa untuk kawan2 kita tu.. so, jangan lupa masa kisah bersama sewaktu kita tidak bersamanya lagi. Mungkin jumpa disuatu masa lain, tidak sama pada masa kita jumpa dulu. Setiap saat, perubahan pasti berlaku. Janganlah lupa siapa dia sebelum melupai siapa kita sebenarnya.. (uiks.. apa yang aku merepek ni..?)

Apa2puan, hidup hanya sekali dan sentiasalah menjadi yan terbaik dari yang terbaik untuk kehidupan kita.

Wassalam..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hasidy Harun berkata...

Itulah tu Qeen, aku mesti beli kereta dalam 2-3bulan ni, im promise.... Bukan apa, aku nda suka kasi "rosak" prestasi kerjaku. Aku kerja sebagai Engineer di company kontraktor dulu, nda pernah nda datang o0o0...bukan apa, kereta ada dibagi pinjam, best bah kerja. Tapi kawan yang aku bayar sewanya tiap2 bulan sekarang ni, selalu ambik cuti.. Sudahlah belum disahkan dalam jawatan, mau lagi buat hal. Iya, aku akan beli kereta. Senang aku kerja, tak payah mau fikir2 pasal transport lagi. Prestasi senang dijaga bah. Lg, faedahnya, bleh bawa ko jalan2 ke tepi pantai. heheheheheheh.....

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hasidy Harun berkata...

aku akan tulis dalam diari ku yang aku pernah berayunan bersama ko heheh.. Harap-harap, kita akan dapat ke temapt tu lagi ya..syikin.. I really2 impikan untuk bersama wanita yang aku sayangi date di sana.. dan Akhirnya ALLAH telah temukan kita untuk bersama di sana.. Syukur Alhamdullillah...

JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !