counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Jumaat, 22 Jun 2012

Perjalananku Ke Brunei Darussalam. (Bahagian 1)


Assalamualaikum dan Salam Pertemuan buat rakan-rakan pembaca blog saya. Semoga keadaan rakan-rakan pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T. Sudah hampir 2 bulan blog saya ini tidak diisi dengan tulisan atau wadah untuk dikongsi bersama kalian.  Kekangan tugas hakiki yang memerlukan sedikit masa menyebabkan saya tidak dapat mengemaskini blog peribadi ini. Walaupun begitu, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya dan kawan saya merentasi bukit-bukau, sungai, gunung-ganang dan banjaran dengan ertikata lain “jalan darat” menuju ke destinasi kami Negara Brunei Darussalam dari Tawau, Sabah.



Masjid Omar Ali Saifuddien.
Sumber : Emancafe.wordpress.com
(P/s: Terbayang-bayang sudah didepan mata masjid yang indah ini)

Saya dan kawan saya telah merancang untuk ke Negara Brunei Darussalam ini sejak awal tahun lagi. Kami bercadang untuk ke Brunei melalui Kota Kinabalu, Sipitang dan Lawas di Sarawak. Tarikh dan masa untuk ke negara itu, belum ditentukan lagi. Walaupun begitu kami berhasrat untuk ke negara ini pada tahun ini juga. Dalam pada mencari-cari waktu dan masa sesuai untuk ke Brunei ini, kami telah membuat pelbagai persediaan dari segi logistic, keperluan dan sebagainya. Perkara paling penting yang perlu disediakan adalah dokumen rasmi Passport Antarabangsa Malaysia. Selain itu, pakaian, peta Negara Brunei Darussalam, keadaan kenderaan yang digunakan serta keperluan-keperluan lain yang difikirkan sesuai untuk dibawa. Saya syorkan kepada mereka yang berminat untuk ke Negara Brunei Darussalam melalui jalan darat agar menggunakan kenderaan pacuan 4 roda.

Pada awal bulan Mac 2012, kami bertemu sekali lagi dan setelah membuat perbincangan dan membelek-belek tarikh sesuai untuk perjalanan ini, kami telah membuat keputusan untuk memulakan perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu pada 27hb April 2012 (Jumaat) iaitu pada 8.30pm. Kenderaan yang kami gunakan adalah Double Cab Hilux Vigo 2.5l – SK9997A. Minyak diisi penuh agar tidak timbul sebarang masalah kekurangan minyak disepanjang perjalanan walaupun terdapat stesen minyak di Daerah Lahad Datu dan Daerah Ranau. Kami memulakan perjalanan ke KK tepat pukul 8.40pm. Dalam perjalanan ini kami membuat keputusan untuk tidak singgah di Bandar Lahad Datu, tetapi singgah di Simpang KK-Sandakan-Tawau di Batu 32 Sandakan. Tepat pada pukul 12.30pm kami sampai di Simpang KK-Sandakan-Tawau di Batu 32 Sandakan a.k.a Check Point Sandakan. Singgah kami untuk mengisi perut yang sudah kelaparan. Kami menjama makan tengah malam di Restoran Sri Sentosa. Setelah selesai mengisi perut, kami meneruskan perjalanan pada pukul 1.10pm.




Dataran Bangunan Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah.
Sumber : Tropicalisland.de
(P/s : harap-harap dapatlah singgah ke sini. amin.......)


Untuk makluman, perjalanan ke KK pada waktu malam ini adalah pengalaman saya yang pertama. Cukup gembira dan excited. Gelap, mengantuk dan sejuk merupakan cabaran bagi perjalanan yang jauh ini. Memandangkan saya tidak dapat menahan mata saya daripada tertutup (mengantuk), ditambah lagi penumpang saya yang 1 orang ini cukup lena tidur, saya ambil keputusan untuk singgah di Pekan Ranau bagi memenuhi tuntutan mata, iaitu tidur. Seingat saya, jam pada itu adalah pada pukul 4.30 pagi. 1.5 Jam tempoh masa melelapkan mata sudah memadai untuk meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Alarm tepat pukul 6 pagi berdering dan saya bergegas untuk mempersiapkan diri bagi meneruskan perjalanan ini. Perjalanan sepanjang 109km untuk sampai ke Kota Kinablu ini mengambil lebih kurang 2 Jam lebih dengan kadar kelajuan purata 80-100km/jam dengan bentuk muka bumi berbukit. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, sampai Kota Kinabalu dan singgah untuk berehat dan mandi di rumah rakan kawan saya di taman perumahan berhampiran bandaraya KK ini………


Sambung di bahagian ke-2




JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !