counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Selasa, 31 Januari 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-29 Tahun.

Ucapan untuk diri sendiri :


Semoga menjadi insan dan manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bersihkan hati daripada keburukan dan kejahatan. Banyak bersabar. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Semoga sukses untuk mencapai cita-cita dan cinta.  

(P/s Nie la akibatnya, jika tiada kekasih. Ucapanpun ditujukan kepada diri sendiri. hehehehe..... Nasiblah !!)

Isnin, 30 Januari 2012

KECEWA, MERAJUK, MARAH, GEMBIRA, SUKA, SEDIH DAN ............

Assalamualaikum dan Salam Persahabatan. Apa khabar sahabat-sahabat mayaku ? Ku doakan kalian semua sihat selalu. Sedang aku menulis blog ini, haluan telingaku dihiburkan dengan lagu nyanyian Headwind. Rockers 80an terkenal dengan lagu "Segalanya Mungkin". Fuhhh... layan abis lagu ni. Teringat zaman remaje dulu-dulu. Heheh... layan jiwang sekali la, tak salah bukan ?

Untuk sekian kalinya, aku membicarakan hal yang berkaitan perasaan. Diharapkan rakan pembaca menilainya daripada sudut yang positif dan bukannya menilai daripada sudut yang kontra daripada matlamat asal penulisan aku berkaitan tajuk ini.

Ketika umurku menjangkau 29 tahun sedikit detik lagi, aku diuji dengan perasaan rajuk, kecewa dan sedih. Biasalah, orang tengah panas bercinta-cintun gitu. Ia adalah normal bagi mereka yang melayari bahtera cinta. Mungkin ujian ini bagus untuk mengajar kita erti kesabaran. Walaupun kita semua tahu, kesabaran itu punya hadnya sendiri. Itu sudah sedia maklum. Ketika bercinta, semua perasaan bercampur aduk. Marah tapi sayang, benci tapi rindu, kecewa tapi cinta. Itulah gambaran gabungan perasaan ketika bercinta yang mana, bercinta itu adalah HIPOKRIT seperti yang digambarkan oleh sekelompok manusia yang tidak percaya kepada cinta.

Aku tidak menujukan cerita peribadiku ini kepada sesiapa, tetapi sekadar melepaskan "kandungan" perasaanku ini kepada dunia maya. Mungkin ia tidak molek tetapi dunia sedia membaca dan tekanan yang aku alami kurang sedikit. Seperti lirik sebuah lagu nyanyian Bondan Prakaso "Cause Everything Its Gonna Be Okey" dan Ku kan selalu ada untukmu tetapi kau tidak selalu ada untukku. Aku suka lirik lagu dan perkataan itu. Terima kasih lagu ini yang menghiburkan hati di akhir umurku 28 tahun. Selamat tinggal 28 tahun dan selamatdatang 29 tahun. Ku mengharapkan yang baik dan lancar ditahun ini. Semoga cita-citaku untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik daripada sebelumnya tercapai. 



Catatan terakhir 28 tahun, Hasidy Harun 
(konon-kononnyalah...)

Khamis, 19 Januari 2012

AJAL ITU DEKAT DENGAN KITA

Salam kesejateraan untuk semua.


Dalam firman ALLAH S.W.T, dalam surah Ali Imran : Ayat 185. 


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.  Barangsiapa dijauhkan dari mereka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang diperdayakan"





Sesungguhnya firman ALLAH itu jelas, akan kematian selepas kehidupan. Bagi aku, aku belum bersedia untuk mati. Tetapi jika ajalku sudah sampai, aku terima saja, kerana aku sudah diperingatkan tentang kematian dan ketibaannya. Mati pada hakikatnya bukanlah untuk ditangisi, tetapi ianya adalah untuk diratapi dan sebagai ingatan kepada yang hidup. Biarlah aku mengharapkan kematian aku nanti kematian yang disulami dengan keimanan. Dan biarlah doa anak, doa muridku dan amalanku bawa bersama kelak. Sesungguhnya aku minta menjauhi api neraka jahanam. Doa untuk kita bersama. Amin. (U/p: Kita digalakan sentiasa mengingati mati)

Rabu, 11 Januari 2012

MEMILIH UNTUK MENERUSKAN ATAU MEMILIH UNTUK MENGUNDURKAN DIRI.

Assalamualaikum dan selamat malam. Semoga sahabat-sahabat alam maya sihat walafiat dan sentiasa diberkati hendaknya. Aku juga sihat seperti kalian.

Hidup didunia ciptaan ALLAH S.w.t ini indah belaka. Ia umpama filem atau wayang yang sudah tertulis skrip dan jalan ceritanya. Manusia adalah pelakonnya dan kehidupan ini adalah jalan cerita. Jalan cerita kehidupan setiap pelakon (manusia) itu hampir sama. Situasi yang hampir sama, cuma keadaan yang berbeza. Ya.. kita sebagai pelakon filem atau wayang ciptaan ALLAH ini pasti merasainya. Memilih suatu keadaan samada untuk meneruskan jalan cerita atau mengundurkan diri untuk meniti jalan cerita lain.

Ketika ini, kita akan berada disituasi sukar. Semasa membuat pertimbangan sewajarnya, kita seharusnya berhati-hati agar kita tidak tersalah pilih untuk memilih keadaan itu. Penelitian kajian, pandangan, nasihat, maklumat pro dan kontra dan seterusnya proses membuat keputusan. Ya..aku bukanlah pandai dalam bab-bab begini. Cumanya situasinya amat jelas dan terang, sudah terang lagi bersuluh. Haruskah kita membuat keputusan, sebelum memperolehi penelitian seperti yang disebutkan tadi ? tentunya tidak bukan.

Ya. banyak perkara yang kita harus fikir dalam rencah kehidupan ini. Contohnya perhubungan cinta. Aku ambil contoh cerita seorang kawan bernama Rosmawati (bukan nama sebenar). Aku biasa panggil dia dengan nama Wati. Wati bertugas di sebuah syarikat milik kerajaan di daerah Lahad Datu. Aku telahpun minta kebenaran lisan daripada dia untuk menceritakan halnya kepada umum melalui blog ini. Wati yang telah berkahwin ini, terperangkap dalam perhubungan cinta dengan seorang lelaki yang lebih berumur daripada dia, tetapi masih bujang. Kasih dan percintaan si Wati kepada lelaki ini sebenarnya sudah lama sejak di zaman universiti mereka lagi. Lelaki ini menjadi senior kepada si Wati, yang junior pada masa itu. Perkahwinan Wati pada hakikatnya adalah kerana paksaan keluarga. Perkahwinan dia tidak indah seperti yang diharapkan oleh keluarganya. Jalinan kasih dan percintaan lelaki itu dengan si Wati ini cukup indah tetapi tidak halal. Walaupun percintaan dia dengan lelaki ini suci tetapi, ianya tetap tidak halal, tetapi bukan haram. Lelaki ini tidak boleh mengahwini Wati kerana Wati sudah mempunyai suami yang sah. Cukup suci cinta mereka sehingga puluhan tahun, si lelaki tetap juga menunggu Wati. 


Haruskah lelaki itu menunggu..? sedang umur sudah umurnya lanjut. Cinta mereka tidak pernah disulami dengan perkara-perkara ditegah dalam agama. Mungkin kerana itu, indahnya cinta mereka hinggakan si lelaki sanggup menunggu wanita itu sehingga ke akhirnya. 


Wati bertanyakan pada aku, apa yang harus dibuat ? lalu aku menjawab, "mudah saja, minta lelaki itu lupakan engkau dan engkau elakkan berhubungan dengan dia, walau apa cara sekalipun". Wati, kawan aku diam sebentar. Katanya dia sayang kepada lelaki itu. Dia juga sayang kepada suaminya. Lalu aku menjawab, "sudah terang lagi bersuluh, sudah jelas lagi dilampu..", "engkau tidak akan mengahwininya, selagi engkau tidak diceraikan.". 


Sahabat-sahabat alam maya, cerita ini bukannya palsu atau tipu atau rekayasa semata-mata. Ianya adalam filem dunia ciptaan ALLAH yang dipermain dan dilakonkan oleh manusia iaitu kita sendiri. Situasi seperti cerita kawan aku itu sudah cukup jelas. Wati tidak dapat menyelesaikan masalahnya yang sangat mudah. Itulah yang dinamakan cinta. Cinta yang membutakan manusia. Cinta ciptaan ALLAH s.w.t itu suci. Malangkan cerita cinta itu disukarkan oleh manusia pembawa cerita itu. Aku bukanlah pakar rujukan mana-mana siswa-siswi mahupun media dan para wali. Aku sekadar berkongsi apa yang terpancar dibenak otakku. Dalam soal yang sudah cukup jelas ini, kita tidak perlu menyulitkan keadaan ataupun memusingkan kata-kata bagi menyedapkan situasi atau keadaan. Ya Allah berikanlah petunjuk kepada aku dan mereka ini. Semoga dipermudahkan kepada kami samada untu MEMILIH UNTUK MENERUSKAN ATAU MEMILIH UNTUK MENGUNDURKAN DIRI. 



Cerita dikongsi bersama oleh Rosmawati, 24 tahun (bukan nama sebenar)

Selasa, 10 Januari 2012

DULU DAN SEKARANG..

Assalamualaikum dan selamat petang.
Buat permulaan dan tatapan rakan pembaca, aku ingin berkongsi foto ketika umurku, 10 tahun dan umurku hampir 30 tahun. Beza antara gambar ini adalah lebih kurang 20 tahun. Gambar pertama ini diambil ketika aku ke Kota Kinabalu buat pertama kalinya. Manakala gambar kedua, diambil ketika aku ke KK tidak berapa lama lalu.



Dulu - Tahun 1993




Sekarang - Tahun 2011

Untuk permulaannya, sebagai halwa untuk aku berkongsi cerita bersama rakan blogger. Terima kasih.

Isnin, 9 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Salam kenangan.
Apa khabar rakan-rakan pembaca blog yang tidak seberapa nak blog ini. Tahulah, jarang sekali akumenulis atau mengemaskini blog ini kerana kekangan waktu dan sibuk bertugas atau lebih senang sebut CARI MAKAN. Harap rakan-rakan pembaca semua sihat walaafiat.
Tahun 2012 telah menjangkau lebih kurang 10 hari. Aku mengambil masa dan ruang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masehi Tahun 2012. Semoga tahun ini membawa lebih kebaikan dan kurang kejahatan dan ketidakbaikan kepada kita. Secara peribadi, aku ini mengkategorikan tahun ini adalah tahun kenangan buat aku. Dan aku cuba untuk mengubah page dan design blog aku ini untuk mengimbau kenangan lalu bersama rakan seperjuangan sekolah dan mereka-mereka yang pernah hadir dalam keseronokan semasa di alam persekolahan.
Apapun, kenangan lalu kita tidak dapat rasainya kembali dan kita hanya boleh mengimbau dan berkongsi cerita itu bersama rakan-rakan yang masih bersama kita waktu ini.
Semoga rakan-rakan pembaca terus sukses bersama impian dan cita-cita bersama keluarga yang tercinta dan jadikanlah tahun ini adalah tahun kenangan kita bersama untuk selamanya. Semoag terus berjaya.


JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !