counter

Klik Disini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut.

Jumaat, 4 Februari 2011

Gong Xi Fa Cai


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Dikesempatan ini, saya dengan ikhlas hati, mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA, Gong Xi Fa Chai Kepada semua kaum Tiong Hua (cina) di negara Malaysia ini khusunya kepada kawan-kawan saya, semoga tahun arnab ini membawa 1001 kejayaan untuk kita bersama. Bersama-samalah kita meraikan perayaan ini dengan harmoni tanpa prejudis antara satu dengan lain.


Selamat Tahun Baru Cina (Happy Chinese New Year)..
Sekian, Terima Kasih.
Hasidy Harun
04hb Februari 2011
10.20am

Khamis, 3 Februari 2011

Usia Semakin Meningkat, Umur semakin berkurang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, juga salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan keluarga dan kawan-kawan, saya masih ada disini. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa yang membaca blog ini. Diharap kita dapat berkongsi ilmu, informasi, maklumat dan "cerita-cerita kedai kopi" diruang blog, walaupun tidak kenal rupa, wajah dan berkongsi rasa.
3 hari yang lepas, bersamaan 31hb Januari 2011 hari Isnin, merupakan tarikh kelahiran saya yang ke-28 tahun. Walaupun usia meningkat naik, tetapi kita harus ingat, bahawa umur saya sebenar adalah "semakin berkurang". Ia bukanlah ayat simpulan bahasa, atau ayat perumpaan atau ayat tersirat. Tetapi, ianya adalah ayat kenyataan yang harus diterima oleh kita semua. Bukan untuk berceramah tetapi untuk memperingati diri ini dan kita bersama.
Dalam usia yang baru menjangkau 28 tahun, saya sudah cukup bersyukur dengan apa yang ada pada ketika ini dan kesyukuran itu dipamerkan melalui usaha yang berlipat kali ganda demi memenuhi tuntutan hidup dunia dan akhirat. Dengan sebiji kereta, bergaji tetap dan pelaburan yang saya ada pada ketika ini, bukanlah menjamin masa depan yang baik. Hutang yang ada, semakin meningkat, keperluan kebendaan juga semakin banyak dan banyak lagi "liabiliti" lain

Walaupun bukan suatu kemestian untuk menyambut hari kelahiran sesorang, saya tetap bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk hidup sehingga hari itu, hatta hari ini juga. Banyak lagi perkara yang kurang dan harus untuk saya lakukan, samaada untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Bagi memenuhi kekurangan dan keharusan itu, saya akan berazam untuk melalukan pembaharuan dalam kehidupan saya. Antara perubahan diusia yang baru meraikan 28 tahun ini adalah

- Meningkatkan amal ibadah, solat dan sedekah jariah
- Menigkatkan intergriti
- Meningkatkan keyakinan
- Meningkatkan keberanian
- Meningkatkan ilmu pengetahuan
- Meningkatkan kekayaan, budi bahasa, simpanan untuk masa depan dan sebagainya.
Bagi memenuhi keperluan diatas, saya punya pelan strategi dan konkrit tersendiri telah dibukukan (uiseh... macam betul pulak).
Masa pun mencemburui kita, walaupun tidak bernyawa tetapi ianya berharga. Solat perlu dilakukan dan ucapan terima kasih kerana dapat berkongsi cerita bersama kalian.
Sekian, dan terima kasih.
Hasidy Harun
03hb Februari 2011
06:13 petang.


Rabu, 2 Februari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum, dan salam sejahtera, kepada keluarga, rakan taulan, sahabat dan pengunjung blog ini.
Sudah lama saya tidak mengemaskini blog peribadi saya ini, disebabkan kekangan masa, tugas dan tanggungjawab. Tahun 2011 yang baru menjengah masuk dalam kehidupan setiap manusia di dunia ini pasti akan membawa suatu yang baru. Bermula dengan niat dan azam tahun baru, dan terus diusahakan untuk mencapainya.
Ditahun baru ini juga, saya memasang azam baru bagi memenuhi keinginan dan keperluan serta kepuasan diri ini sementara hidup masih ada. Walaubagaimanapun, setiap azam yang kita niatkan dalam hati itu, belum pasti akan tercapai sepenuhnya disebabkan perkara-perkara tertentu yang boleh menyulitkan pencapaian azam itu.
Sekadar untuk berkongsi cerita, tahun lalu, tahun 2010, banyak perkara yang berlaku kepada diri saya, samada perkara itu mengembirakan mahupun perkara itu memahitkan. Yang indah itu kita jadikan kenangan, yang pahit itu kita jadikan teladan dan sempadan untuk kita perbaiki dimasa akan datang. Biarlah perkara ataupun tragedi yang berlaku dimasa-masa lalu berlalu dengan aman dan damai tanpa menolehnya kembali.
Walaupun sudah lebih 1 bulan tahun baru 2011, tetapi masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011. Semoga kita maju jaya dan tercapai hasrat dan impian kita disamping keberkatan dari ALLAH S.W.T. Amin Ya Rabbal Alamin...

JOM KLIK SAYA DISINI ! ! !